FILEM yang mencipta fenomena global, Zootopia 2, kini bersedia untuk kembali mencuri perhatian penonton apabila mula distrim secara eksklusif di Disney+ bermula 11 Mac. Kehadiran filem ini di platform penstriman tersebut memberi peluang kepada peminat untuk menghidupkan semula pengembaraan penuh aksi, humor dan kecerdikan yang menjadikannya antara karya animasi paling berjaya dalam sejarah moden.
Kisahnya kembali menyorot gandingan dua anggota polis muda yang penuh semangat, Judy Hopps dan Nick Wilde, yang sekali lagi berganding bahu dalam satu misi penyamaran yang tidak kurang mencabar.
Pengembaraan mereka membawa penonton menyusuri sudut-sudut tersembunyi di kota haiwan Zootopia, dalam sebuah kisah penuh kejutan yang menggabungkan elemen misteri, aksi dan komedi dengan gaya penceritaan yang segar.
Di dunia sebenar, kejayaan
Zootopia 2 turut mencipta rekod luar biasa. Filem ini merangkul anugerah Filem Animasi Terbaik di BAFTA Awards, selain memecahkan pelbagai rekod kutipan box office. Dengan jumlah kutipan global mencecah AS$1.85 bilion, ia kini menjadi filem animasi terlaris dalam sejarah keluaran di bawah Motion Picture Association.
Secara keseluruhan, filem ini turut berada dalam senarai lapan filem dengan kutipan tertinggi sepanjang zaman serta muncul sebagai filem nombor satu di pasaran domestik bagi tahun 2025. Pencapaian tersebut juga menandakan satu lagi detik penting buat Walt Disney Animation Studios, apabila
Zootopia 2 menjadi filem kelima terbitan studio berkenaan yang berjaya melepasi kutipan global AS$1 bilion.
Kejayaan komersial itu disokong oleh sambutan hangat penonton dan pengkritik, termasuk skor penonton Verified Hot sebanyak 96% di Rotten Tomatoes serta penarafan A daripada CinemaScore.
Tidak sekadar mencipta kejayaan komersial, filem ini juga terus mengukuhkan reputasinya apabila menerima pencalonan di Academy Awards, sekali gus mengangkatnya sebagai sebuah pengalaman sinematik yang diraikan kerana gabungan humor, emosi dan kualiti animasi bertaraf dunia.
Dari segi muzik, ia turut menawarkan pengalaman audio yang dinamik. Antara yang mencuri perhatian ialah single baharu berjudul
Zoo yang dipersembahkan oleh penyanyi terkenal Shakira, di samping skor muzik asli yang digubah oleh komposer pemenang anugerah, Michael Giacchino.
Penambahan
Zootopia 2 ke dalam katalog Disney+ juga memperkukuh lagi populariti francais ini secara keseluruhan. Setakat ini, kandungan berkaitan
Zootopia termasuk
Zootopia dan
Zootopia+ telah distrim lebih daripada 805 juta jam di seluruh dunia.
Melalui koleksi khas
Zootopia yang tersedia di platform tersebut, peminat kini boleh menyelami setiap pengembaraan Judy Hopps dan Nick Wilde dalam satu pengalaman tontonan lengkap.
- 7KLIKARTIKEL LAIN:
0 Comments