HARI Raya Aidilfitri membawa makna istimewa buat rakyat Malaysia. Daripada menikmati juadah tradisi dan menggayakan busana Raya hingga meluangkan masa bersama keluarga serta sahabat handai, setiap detik Syawal sering dipenuhi suasana kebersamaan yang hangat.
Seiring perubahan gaya hidup digital, semakin ramai pengguna kini memilih platform dalam talian untuk membuat persiapan perayaan. Menerusi kempen Shopee Bazar Hebat Raya, peminat turut berpeluang mendekati selebriti kegemaran mereka secara lebih interaktif melalui Shopee Live.
Antara yang tampil berkongsi persiapan menjelang Syawal termasuk penyanyi tersohor, Datuk Sri Siti Nurhaliza, Mimi Fly serta Hael Husaini.
Siti Nurhaliza Jemput Peminat ke Rumah Terbuka Raya
Bagi Siti Nurhaliza, sambutan Hari Raya tidak pernah lengkap tanpa tradisi rumah terbuka yang menjadi peluang untuk merapatkan hubungan bersama keluarga, sahabat dan peminat.
Daripada memilih busana sedondon bersama keluarga hinggalah menyediakan hidangan kegemaran seperti gulai tempoyak ikan patin dan rendang Tok, penyanyi kelahiran Kuala Lipis, Pahang ini sentiasa menantikan momen tersebut setiap kali Syawal menjelang.
Semangat berkongsi itu turut diperluaskan kepada peminat menerusi jenama SimplySiti di Shopee. Melalui sesi Shopee Live, Siti berinteraksi secara langsung sambil memperkenalkan set hadiah kesihatan dan kecantikan yang dipilih khas sebagai inspirasi kepada mereka yang sedang membuat persiapan Raya.
Lebih menarik, Siti turut berkongsi keterujaan untuk meraikan peminat secara lebih peribadi pada tahun ini.
“Menjelang Syawal, saya biasanya sibuk mengurus persiapan rumah, merancang menu, memilih pakaian serta menyediakan hadiah kecil.
“Di Shopee Live, saya seronok berkongsi set hadiah dan keperluan Raya yang saya pilih khas supaya penonton boleh mendapatkan idea untuk persiapan mereka sendiri.
"Tahun ini, saya juga jemput lima penyokong setia SimplySiti ke rumah terbuka Raya saya sebagai tanda penghargaan,” ujarnya.
Mimi Fly Tampil Dengan Gaya Raya Praktikal
Sementara Mimi Fly pula, berkata, persiapan Raya bukan sekadar tentang tampil bergaya, tetapi juga memastikan pakaian yang dipilih boleh digayakan semula selepas musim perayaan. Malah dia mengutamakan gaya yang praktikal tanpa mengorbankan elemen fesyen.
Di sebalik kesibukan menghadiri rumah terbuka, penyanyi lagu Serumpun ini mengakui dirinya juga gemar menikmati masa santai di rumah sambil mendengar lagu Raya nostalgia atau menonton filem klasik P. Ramlee seperti Ali Baba Bujang Lapok.
Dalam satu sesi Shopee Live baru-baru ini, Mimi turut berkongsi buku gaya Rayanya dengan memperlihatkan bagaimana pakaian ringkas daripada Shopee boleh dipadankan menjadi penampilan yang lebih kemas dan menarik.
“Saya suka gaya yang mudah dipadankan tetapi masih bergaya, terutamanya ketika berkunjung ke rumah terbuka sepanjang hari,” katanya.
Mimi juga memperkenalkan tip fesyen melalui segmen #GetReadyWithShopee Fashion Hacks yang memberi inspirasi kepada penonton untuk bereksperimen dengan gaya Raya mereka sendiri.
“Melalui Shopee Live, saya berkongsi #GetReadyWithShopee Fashion Hacks dengan memadankan fabrik, warna dan aksesori yang berbeza untuk menyerlahkan baju Raya.
"Saya seronok melihat gaya tersebut terbentuk secara langsung, dan penonton juga boleh menemui produk fesyen yang boleh digayakan bukan sahaja untuk Raya tetapi juga untuk acara lain,” ujarnya.
Hael Husaini Kekalkan Sentuhan Tradisional
Berbeza dengan Hael Husaini, Hari Raya sentiasa membawanya pulang ke kampung halaman di Negeri Sembilan. Momen tersebut menjadi peluang untuk bertemu sanak saudara sambil menikmati hidangan kegemaran seperti rendang Minang, selain meneruskan tradisi kunjung-mengunjung yang menjadi sebahagian daripada kemeriahan Syawal.
Dikenali dengan gaya fesyen yang sering menggabungkan elemen klasik dan moden, Hael juga tidak lokek berkongsi tip pemilihan busana Raya, malah sering membantu ahli keluarga memilih pakaian untuk dipakai ketika menghadiri rumah terbuka.
“Saya memang suka menggayakan pakaian, sama ada untuk diri sendiri atau keluarga. Di Shopee Live, saya menunjukkan cara memadankan Baju Melayu moden daripada koleksi 50% Raya Fashion Trends Shopee dengan sampin songket tradisional, sambil berkongsi kepada penonton di mana mereka boleh mendapatkannya,” katanya.
Lengkapkan Persiapan Raya Dengan Shopee
Daripada memilih baju Raya hingga mencari hadiah istimewa untuk insan tersayang, kempen Shopee Bazar Hebat Raya memudahkan rakyat Malaysia membuat persiapan Syawal dalam satu platform.
Sebagai sebahagian daripada kempen ini, pengguna juga boleh menyertai sesi Shopee Live PrimaValet yang berlangsung pada 10 Mac dari jam 10 malam hingga 12 tengah malam. Sesi tersebut menampilkan duta jenama PrimaValet, Syed Saddiq Abdul Rahman, dengan tawaran diskaun eksklusif sehingga 20%.
Selain itu, pembeli turut berpeluang menikmati 50% diskaun fesyen Raya terkini, baucar 50% harian Shopee Live serta penghantaran percuma tanpa perbelanjaan minimum, sekali gus menjadikan pengalaman membeli-belah untuk persiapan Raya lebih mudah dan praktikal. Maklumat lanjut mengenai kempen ini boleh didapati di laman rasmi Shopee. - 7KLIK
ARTIKEL LAIN:
0 Comments