PELAKON Along Eyzendy meninngal dunia di Hospital Sultan Idris Shah Serdang, Selangor sekitar jam 12.16 pagi Ahad.Berita pemergian Allahyarham disahkan oleh isterinya, Hamidah Mohd Yatim sebagaimana dilaporkan media.
Along atau nama sebenarnya Mohd Eyzendy Mohd Aziz, menghembuskan nafas terakhir pada usia 47 tahun di sisi keluarga, selepas ditidurkan di Unit Rawatan Terapi (ICU) akibat pendarahan serius dalam perut pada Khamis lalu.
Terdahulu Allahyarham dimasukkan ke hospital selepas mengalami demam dan batuk berpanjangan sebelum pemeriksaan perubatan mengesahkan terdapat jangkitan pada saluran hempedu.
Pelakon asal Ipoh, Perak itu menceburi bidang lakonan pada tahun 2003 dan pernah membintangi filem
Gedebe, Budak Kelantan, Khurafat: Perjanjian Syaitan, Seru, Karak, Bunohan, Lu Mafia Gua Gangster dan banyak lagi.
Selain itu, Along juga aktif dalam lakonan drama dan pentas teater yang banyak menaikkan namanya sebagai pelakon serba boleh.
Allahyarham meninggalkan seorang balu, serta tiga orang anak, meninggalkan ruang kosong yang besar dalam hati keluarga, rakan-rakan, dan peminat.
- 7KLIKARTIKEL LAIN:
0 Comments