Sammi Cheng & Jack Ng Temui Peminat Malaysia Sempena Promosi Filem ‘Night King’

Penampilan teraju utama Night King, Sammi Cheng cukup dinantikan peminat di Malaysia | FOTO: Sony Pictures

FILEM blokbuster Tahun Baharu Cina 2026, Night King, bersedia mencetuskan fenomena di pawagam seluruh negara apabila dijadualkan menemui penonton pada 16 Februari ini.

Naskhah yang telah lama mencuri perhatian sejak pengumumannya dibuat itu menampilkan dua nama besar industri hiburan Hong Kong, Dayo Wong yang terkenal sebagai 'Tze-wah God' dan bintang Cantopop tersohor, Sammi Cheng.

Menambah keterujaan peminat di Malaysia, pengarah Jack Ng bersama Sammi Cheng bakal berkunjung ke Kuala Lumpur untuk memeriahkan kempen promosi filem tersebut.

Turut serta dalam sesi eksklusif ini ialah dua pelakon wanita tempatan yang terlibat dalam filem sama iaitu Fish Liew dan Miko Wong, sekali gus menjadikan menjadikan sesi tersebut antara acara bertemu peminat yang paling dinanti pada tahun ini.

Pengarah dan barisan pelakon filem ini dijadualkan berlangsung di Pavilion Kuala Lumpur pada 11 Februari ini, jam 3 petang, iaitu hanya lima hari sebelum tayangan rasmi Night King bermula di pawagam.

Penampilan berprofil tinggi ini secara tidak langsung menandakan pelancaran rasmi kempen promosi filem tersebut di Malaysia, sekali gus mengukuhkan lagi momentum menjelang tayangan perdananya.

Sejak diumumkan sebagai salah satu filem Tahun Baharu Cina paling hangat diperkatakan bagi tahun 2026, Night King terus mencuri perhatian dan menjadi topik perbualan hangat di kalangan peminat filem serta pemerhati industri.

Kunjungan Istimewa Buat Peminat Malaysia

Acara ini bukan sekadar satu sesi promosi biasa, sebaliknya menjadi detik penting dalam perjalanan kempen Night King di Malaysia. Ia juga membuka ruang istimewa buat pengarah dan barisan pelakon untuk bertemu secara dekat dengan peminat, menyampaikan ucapan awal Tahun Baharu Cina, serta meraikan musim perayaan bersama-sama dalam suasana yang hangat dan meriah.

Night King menemui penonton pawagam bermula 16 Februari iniFOTO: Sony Pictures

Sebagai kemuncak jelajah promosi Night King di Malaysia, acara ini dijangka menghidupkan suasana perayaan dengan perkongsian cerita di sebalik tabir pembikinan filem, interaksi mesra bersama peminat serta sambutan awal Tahun Baharu Cina yang penuh simbolik.

Kehadiran Jack Ng, Sammi Cheng dan barisan pelakon lain diharapkan dapat menyuntik keterujaan tambahan serta membina momentum kukuh menjelang tayangan rasmi, dengan harapan naskhah ini mampu mencatat prestasi box office yang memberangsangkan.

Dengan gabungan bintang ternama, sokongan peminat yang kuat serta strategi promosi yang tersusun rapi, Night King kini berada di landasan tepat untuk menjadi salah satu naskhah perayaan paling berpengaruh dan dinanti bagi Tahun Baharu Cina 2026. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments