FOTO: Uniqlo
APABILA kehidupan kota bergerak pantas, pakaian turut perlu mengikut rentaknya. Daripada perubahan cuaca kepada rutin harian yang pelbagai, gaya masa kini bukan lagi sekadar tentang penampilan, tetapi juga keselesaan, fungsi dan kebolehsuaian.
Idea itu diterjemahkan menerusi koleksi Uniqlo Fall/Winter 2026, yang melihat semula keperluan pakaian harian melalui gabungan elemen klasik, fungsi dan siluet yang lebih kontemporari.
Koleksi berkenaan diperkenalkan pada sesi pratonton media eksklusif di Menara Ilham, Kuala Lumpur, baru-baru ini, dengan himpunan pakaian yang mengambil inspirasi daripada cara masyarakat hari ini hidup, bergerak dan berpakaian di persekitaran bandar.
Antara yang diberi perhatian ialah Casual Outerwear, Pufftech dan Seamless Down. Hadir dalam bentuk kot santai, jaket berpotongan kemeja, padded outerwear dan blouson, sesetengah rekaan turut dilengkapi ciri kalis angin serta kalis air bagi menghadapi perubahan cuaca.
Pufftech dan Seamless Down turut melengkapi koleksi, masing-masing menawarkan pendekatan berbeza terhadap kehangatan dan keselesaan. Pufftech hadir dalam pilihan ringan untuk perjalanan dan aktiviti harian, termasuk parka yang boleh dilipat, manakala Seamless Down menggabungkan kehangatan dengan gaya harian menerusi Women’s Reversible Down Short Jacket dan Light Down Volume Jacket.
Bagi suhu lebih sejuk, Heattech kekal sebagai pilihan dalam tiga tahap kehangatan iaitu Warm, Extra Warm dan Ultra Warm. Konsep sama turut diterapkan pada aksesori seperti skarf dan sarung tangan menggunakan bahan Heattech, Cashmere serta Soufflé Yarn.
Tekstur, Warna dan Siluet Untuk Musim Baharu
Knitwear untuk musim Fall/Winter 2026 mengetengahkan cashmere dan merino wool sebagai antara bahan utama. Palet warnanya pula didominasi merah, biru dan coklat, manakala tekstur dipelbagaikan menerusi material berbulu, kapas berpermukaan licin, Soufflé Yarn dan rekaan kabel berjalur besar.
Pilihan harian seperti sweatshirt dan seluar pula diberi nafas baharu menerusi penggunaan fabrik, rekaan dan potongan yang berbeza. Antara yang diketengahkan ialah tiga bentuk utama iaitu Barrel, Jeans dan Culottes, termasuk EZY Barrel, Slim Straight Jeans dan High-Rise Wide Jeans.
Fleece yang sekian lama dikaitkan dengan aktiviti luar turut berkembang kepada gaya harian menerusi rekaan seperti half-zip, pullover, T-shirt dan seluar fleece. Perkembangan ini mencerminkan perubahan cara material berfungsi itu digunakan di luar konteks pakaian outdoor tradisional.
Bahagian Women’s Lounge & Underwear pula mengaburkan sempadan antara pakaian dalam, pakaian santai dan busana harian. Dua konsep diketengahkan, iaitu 'Effortless Charm' yang menggunakan fabrik lembut, corak ceria dan warna terang, serta 'Minimalist Classic' yang menampilkan rekaan lebih ringkas dan mudah dipadankan.
Koleksi Fall/Winter 2026 turut disertai Uniqlo: C dan Uniqlo: U yang menawarkan interpretasi berbeza terhadap gaya harian kontemporari. Sementara itu, Re.Uniqlo memberi tumpuan kepada usaha memanjangkan hayat pakaian melalui penggunaan semula, pembaikan dan kitar semula.
Peace For All pula meneruskan projek T-shirt amal global, dengan hasil jualan disalurkan kepada organisasi antarabangsa yang membantu mereka yang terkesan akibat keganasan, diskriminasi, konflik bersenjata dan kemiskinan.
Secara keseluruhan, koleksi Fall/Winter 2026 memperlihatkan bagaimana pakaian harian terus berkembang mengikut keperluan kehidupan moden yang lebih fleksibel, pelbagai fungsi dan dekat dengan rutin seharian. - 7KLIK
ARTIKEL LAIN:
0 Comments