Made In Korea: Drama Korea Yang Penuh Intrik, Kuasa Dan Plot Twist!


SELEPAS beberapa bulan dinantikan, Hyun Bin dan Jung Woosung akhirnya bergandingan dalam siri baharu yang tidak boleh dilepaskan, Made In Korea.

Kini ditayangkan secara eksklusif di Disney+, siri ini membawa penonton ke era 1970-an dengan kisah penuh intrik, perebutan kuasa, dan dilema moral yang kelam.

Made In Korea mengisahkan Baek Kitae, seorang ejen KCIA yang bercita-cita tinggi dan hidup dalam dua dunia berbeza. Siang hari sebagai pegawai kerajaan, malamnya mengendalikan operasi haram.

Pintar, berkarisma, licik, dan cekap, Kitae dengan cepat naik pangkat selepas menggunakan rangkaian 'bawah tanahnya' untuk mengukuhkan kuasa, melindungi abangnya, dan menjana kekayaan besar bagi agensi.

Walaupun tampak hampir tidak terkalahkan, satu halangan besar tetap menghadapinya iaitu seorang peguam pendakwa tegas, Jang Geonyoung, yang tidak boleh dibeli, disogok, atau dipujuk.

Kedua-dua lelaki ini mempertaruhkan segalanya, dan siri ini menampilkan setiap usaha mereka untuk saling menjatuhkan, sekali gus mencetuskan konflik dengan ketegangan berterusan, sambil menampilkan strategi, tipu muslihat, dan permainan kuasa yang penuh suspen.

Hyun Bin memegang watak Baek Kitae, manakala Jung Woosung membawa watak pendakwa Jang Geonyoung yang berdedikasi dan Woo Dohwan sebagai Baek Kihyun, abang Kitae yang turut terperangkap dalam jaringan intrik ini.

Made In Korea yang diterbitkan oleh Hive Media Corp ini merupakan karya tulisanPark Eunkyo serta Park Joonseok dan diarahkan oleh Woo Minho.

Dua episod terakhir akan disiarkan secara mingguan sehingga 14 Januari, memberi penonton peluang menamatkan kisah penuh ketegangan ini.  Menariknya, siri ini telah disahkan untuk musim kedua dan kini sedang dalam proses penggambaran.


Made In Korea menambah senarai panjang drama Korea yang memukau penonton global, terutama menerusi pelancaran eksklusif di Disney+.

Bagi mereka yang ingin mula menonton, empat episod pertama siri ini kini boleh distrim secara eksklusif di Disney+, menawarkan gabungan aksi, intrik, dan plot twist yang mengejutkan serta memikat penonton dari awal hingga akhir. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments