Vietjet Pacu Lonjakan Besar Dengan Penambahan 22 Pesawat Baharu Serentak


VIETJET terus memperkasa kehadirannya dalam industri penerbangan Asia apabila syarikat itu menambah sebuah lagi Airbus A321neo ACF ke dalam armada, menjadikan jumlah pesawat yang diterima mencecah 22 buah dalam tempoh hanya sebulan menjelang penghujung tahun.

Langkah agresif ini bukan sekadar rekod baharu bagi syarikat penerbangan itu, tetapi juga petanda jelas terhadap strategi pertumbuhan yang semakin rancak.

Bagi penumpang di Malaysia, perkembangan ini membawa impak positif yang ketara. Penambahan kapasiti membuka lebih banyak peluang perjalanan antara Kuala Lumpur dan Vietnam, termasuk ke destinasi popular seperti Hanoi, Ho Chi Minh City dan Da Nang.

Selain itu, ia turut memperkukuh akses ke rangkaian destinasi sambungan Vietjet yang semakin berkembang.

Penambahan Armada Terbesar

Perkembangan ini menandakan detik penting dalam perjalanan Vietjet, menyamai bilangan pesawat yang biasa dimiliki oleh syarikat penerbangan bersaiz sederhana.

Pesawat yang diterima merangkumi sembilan Boeing 737 untuk Vietjet Thailand, tujuh Airbus generasi baharu serta enam pesawat lain yang bakal beroperasi di bawah Vietjet Group di Vietnam.

Dengan pertambahan pesawat baharu ini, kapasiti operasi keseluruhan syarikat turut meningkat, sekali gus memberi fleksibiliti lebih besar bagi memenuhi permintaan tinggi musim perjalanan puncak, termasuk sambutan Tahun Baharu dan Tahun Baru Lunar yang semakin hampir.



Di saat industri penerbangan global masih bergelut dengan isu kekurangan pesawat, gangguan rantaian bekalan dan kelewatan penghantaran, langkah Vietjet ini memperlihatkan pendekatan yang berbeza dan lebih berani.

Penerimaan 22 pesawat moden dalam tempoh singkat mencerminkan keyakinan kukuh terhadap pertumbuhan syarikat, kedudukan kewangan yang stabil serta reputasi Vietjet sebagai rakan strategik yang semakin dipercayai dalam dunia penerbangan. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments