WALAUPUN banyak hadiah Krismas cenderung ke arah aksesori, skincare atau makanan manis, Flavrs, jenama ubat gigi berperisa dari jenama local muncul dengan sesuatu yang sedikit luar biasa tetapi cukup menarik.
Untuk musim perayaan tahun ini, mereka memperkenalkan
Christmas Bundle Set, satu pilihan hadiah ringkas, bergaya dan sebenarnya berguna untuk semua.
Dibungkus dalam rekaan bertema perayaan, set ini membolehkan anda memilih mana-mana dua ubat gigi Flavrs bersaiz penuh (65g), termasuk pilihan seperti Tropical Pandan, Rosy Glow, Coconut Breeze dan Lavender Smile.
Setiap satunya hadir dengan pembungkusan estetik yang menjadi identiti jenama ini. Sebagai tambahan, bundle ini turut disertakan dengan berus gigi lembut dan fleksibel, satu bonus yang menjadikan keseluruhan set terasa lebih premium daripada harganya.
Walaupun ringkas, gabungan rasa, rekaan dan manfaatnya menjadikan bundle ini pilihan hadiah yang tidak terlalu formal tetapi tetap terasa 'thoughtful', sama ada untuk
Secret Santa, sebagai tambahan kecil kepada hadiah utama, atau sekadar sesuatu untuk menceriakan rutin seseorang menjelang tahun baharu.
Flavrs: Jenama Baharu Dengan Pendekatan Berbeza
Untuk mereka yang mungkin baru mengenali Flavrs, jenama ini diasaskan oleh anak muda Malaysia, Stephy Sam, dengan idea menjadikan rutin memberus gigi sesuatu yang lebih menyeronokkan dan tidak sekadar tugasan harian.
Flavrs mendapat perhatian pantas dalam kalangan pengguna muda kerana pendekatannya yang lebih segar, berasaskan perisa pelbagai serta formulasi clean-label.
Setiap ubat gigi Flavrs menggunakan nano-hydroxyapatite untuk membantu menguatkan enamel, mengurangkan sensitiviti dan memutihkan gigi secara lembut. Ia turut mengandungi xylitol, lebih 94 peratus bahan semula jadi dan bebas fluoride, SLS serta tidak diuji pada haiwan, sesuatu yang selari dengan pilihan pengguna moden.
Dirumus oleh pakar penjagaan mulut dengan pengalaman lebih tiga dekad, jenama ini menggabungkan inovasi formulasi, rekaan tiub yang estetik, bahan kitar semula dan sentuhan perisa ilham tempatan.
Hasilnya, produk penjagaan mulut ini terasa lebih selaras dengan gaya hidup pengguna dan juga cukup menarik sebagai hadiah kecil untuk sesiapa yang ingin memulakan (atau menutup) hari dengan 'mood' yang lebih baik.
Dengan rekaan yang menarik, rasa yang unik dan kualiti yang dipercayai, Flavrs membuktikan bahawa rutin harian sekadar memberus gigi pun boleh jadi satu pengalaman menyeronokkan.
Sesuai dijadikan hadiah kecil atau kejutan manis untuk sesiapa sahaja, set ini bukan sahaja menambah warna pada sinki, malah memberi sentuhan kegembiraan pada permulaan dan penghujung hari.
- 7KLIKARTIKEL LAIN:
0 Comments