PEMINAT filem boleh menyaksikan Anugerah Oscars ke-98 secara langsung melalui Disney+ pada 16 Mac ini, jam 7 pagi waktu Malaysia, terus dari Dolby Theatre, Los Angeles, Amerika Syarikat.Bagi tahun kedua berturut-turut, pengacara televisyen yang juga penulis, penerbit dan pelawak pemenang Anugerah Emmy, Conan O'Brien, kembali memegang tugas sebagai hos, menjanjikan acara yang menarik, menghibur dan penuh detik-detik tidak dijangka.
Daripada barisan pencalonan, beberapa judul keluaran Disney mendapat perhatian dalam kategori filem animasi.
Elio dan
Zootopia 2 masing-masing dicalonkan untuk Anugerah Filem Animasi Terbaik
(Rujuk senarai penuh pencalonan Oscars 2026 di laman rasmi Oscars).
Elio, sebuah filem animasi keluaran Disney dan Pixar, mengisahkan pengembaraan kosmik yang penuh aksi dan humor. Animasi ini kini boleh distrim di Disney+. Sementara
Zootopia 2, mengisahkan tentang detektif baru Judy Hopps dan Nick Wilde menemui satu misteri besar apabila Gary De’Snake tiba di Zootopia dan menggoncang kehidupan bandar haiwan itu. Filem ini boleh distrim di Disney+ bermula 11 Mac.
Dalam kategori Reka Bentuk Kostum, filem
Avatar: Fire and Ash kembali membawa penonton ke Pandora untuk bab ketiga kisah Jake Sully dan keluarganya. Filem sebelumnya,
Avatar dan Avatar: The Way of Water, kini boleh distrim di Disney+.
Selain itu, kehadiran Disney+ turut menyemarakkan pengalaman menonton dengan menstrim filem animasi dan siri popular yang berkaitan, termasuk
Elio dan
Zootopia 2, sebagai persediaan sambutan Oscars.
Di belakang tabir, penerbit acara televisyen pemenang Emmy, Raj Kapoor dan Katy Mullan kembali sebagai penerbit eksekutif bagi Anugerah Oscars ke-98. Rob Paine bertindak sebagai penerbit bersama, manakala Hamish Hamilton kembali sebagai pengarah.
Jeff Ross, Mike Sweeney, Taryn Hurd dan Sarah Levine Hall turut menyertai sebagai penerbit, memastikan setiap segmen anugerah dijalankan dengan lancar dan menepati piawaian tinggi yang diharapkan peminat.
Dengan kombinasi filem animasi, pencalonan menonjol dan pasukan produksi berpengalaman, Disney+ menjanjikan pengalaman menonton Oscars ke-98 yang bukan sahaja menghibur tetapi juga menyajikan insight menarik di sebalik karya-karya pencalonan.
- 7KLIKARTIKEL LAIN:
0 Comments