| Honey Mustard Roast Chicken, Garlic Parsley Mint Lamb Leg Bone-In & Persian Lamb Leg Bone-In. |
SEMPENA musim perayaan ini, TUULYN memperkenalkan cara baharu untuk menyajikan hidangan panggang yang memikat tanpa perlu menghabiskan masa berjam-jam di dapur.
Koleksi Panggang Perayaan Perapannya membolehkan anda tampil seperti chef profesional, dengan setiap hidangan sedia dimasak, diperap, dan hanya menunggu untuk dipanaskan serta dihidangkan dengan penuh gaya.
Dihasilkan daripada potongan premium dan perapan istimewa buatan sendiri, hidangan ini sesuai untuk anda yang sibuk tetapi ingin menampilkan menu yang hebat dimeja makan dengan hanya panaskan, panggang, dan hidangkan dengan penuh gaya.
Setiap hidangan panggang telah diperap sepenuhnya dari awal tanpa bahan pengawet, hanya bahan berkualiti dengan penyediaan bijak menjadikan setiap sajian kelihatan seperti hasil masakan profesional.
Dari makan malam keluarga hinggalah ke perjumpaan hujung tahun, Koleksi Panggang Perayaan TUULYN memastikan semua orang boleh menikmati keceriaan perayaan tanpa kekalutan.
Aneka Pilihan Menu
Antara menu yang menonjol ialah Truffle Butter Roast Chicken dan Honey Mustard Roast Chicken, kedua-duanya direka untuk memberikan rasa penuh dengan usaha yang minimum.
Untuk mereka yang ingin meja makan lebih megah, Peppercorn Roast Beef Ribeye dan English Roast Beef menggunakan daging lembu premium Australia, membawa gaya klasik rumah panggang terus ke rumah anda.
| Truffle Butter Roast Chicken, Garlic Confit Butter & Traditional English Roast. |
Bagi yang ingin ‘mengembara melalui rasa’, panggang kambing TUULYN membawa sentuhan antarabangsa ke meja makan. Pilihan seperti Persian Lamb Leg Bone-In dan Garlic Parsley Mint Lamb Leg Bone-In menggunakan daging kambing premium New Zealand, diperap dengan rapi dan sedia dipanggang, memenuhi dapur dengan aroma yang menggoda tanpa memerlukan masa berjam-jam.
Tiada jamuan lengkap tanpa hidangan sampingan yang menambah kesempurnaan meja makan. Roast Potatoes dengan Garlic & Rosemary dan Vegetable Medley yang penuh warna-warni, lobak merah, daun bawang, brokoli, dan lada memberikan sentuhan segar.
Sementara Compound Butters seperti Truffle Butter, Garlic Confit Butter dan Anchovy & Coriander Butter pula menyempurnakan setiap suapan dengan rasa yang mewah.
Rangkaian terhad ini kini boleh dipra-tempah secara eksklusif di www.tuulyn.com, menawarkan kemudahan untuk menjadikan setiap perayaan lebih istimewa tanpa tekanan di dapur. - 7KLIK
ARTIKEL LAIN:
0 Comments