| Filem Muzikal Raya 2026 Spritzer Sparkling, Samting-Samting, dibintangi oleh Fimie Don, Wani Kayrie dan Elliza Razak | FOTO: Spritzer |
HARI Raya Aidilfitri sentiasa hadir sebagai momen yang sarat dengan emosi dan tradisi. Ia bukan sekadar perayaan kemenangan selepas sebulan berpuasa, tetapi juga detik yang menyatukan keluarga dalam suasana penuh kehangatan.
Dari perjalanan pulang ke kampung halaman sehinggalah riuh rendah di dapur ketika menyediakan juadah, setiap momen menjadi sebahagian daripada kenangan yang terus diwarisi dari satu generasi ke generasi seterusnya.
Di dapur, kemeriahan Aidilfitri sering bermula lebih awal. Bunyi hirisan bahan masakan, aroma rempah ratus yang memenuhi ruang, serta gelak tawa ahli keluarga yang saling membantu menyediakan hidangan menjadikan suasana begitu hidup.
Tradisi inilah yang menjadikan hidangan raya bukan sekadar makanan, tetapi simbol kebersamaan dan kasih sayang.
Mengambil inspirasi daripada kehangatan suasana tersebut, Spritzer Sparkling memperkenalkan kempen ‘Serikan Raya, Sparkling-kan Suasana’, yang mengajak rakyat Malaysia meraikan Aidilfitri dengan pendekatan yang sedikit berbeza.
Kempen ini menampilkan bagaimana produk air berkarbonat semula jadi itu boleh digunakan secara kreatif dalam penyediaan hidangan raya, sekali gus memberikan dimensi baharu kepada masakan tradisional tanpa menghilangkan keaslian rasanya.
Menariknya, Spritzer Sparkling tidak lagi dilihat sekadar minuman menyegarkan. Melalui kempen ini, ia diperkenalkan sebagai bahan serba guna yang mampu menambah tekstur, kerangupan dan keempukan dalam pelbagai resipi.
Gelembung semula jadi dalam air berkarbonat tersebut membantu menghasilkan adunan yang lebih ringan, menjadikan hidangan tertentu lebih rangup serta membantu melembutkan daging dalam proses memasak.
Pendekatan ini dapat dilihat melalui beberapa resipi yang diketengahkan, antaranya Cucur Udang Crispy, Rendang Tok Melting dan Roti Jala dengan Kari Ayam, selain minuman menyegarkan seperti Bunga Longan Sparkling serta Limau Selasih Pudina Sparkling.
Setiap hidangan memperlihatkan bagaimana elemen karbonasi dapat memperbaiki tekstur masakan, sama ada menghasilkan cucur yang lebih rangup atau membantu rendang menjadi lebih empuk dan berperisa.
Dengan teknik mudah dan praktikal, sentuhan moden ini memberi peluang kepada hidangan tradisional untuk tampil dalam versi sedikit berbeza, namun masih mengekalkan identiti dan cita rasa yang sinonim dengan suasana raya.
Menurut Ketua Pemasaran Spritzer, Shiao Chan, Aidilfitri sememangnya sinonim dengan tradisi kekeluargaan yang kukuh, dan makanan memainkan peranan penting dalam mengeratkan hubungan tersebut.
Jelasnya, kempen ‘Serikan Raya, Sparkling-kan Suasana’ bertujuan menunjukkan bahawa warisan kulinari tempatan boleh terus dipelihara sambil menerima sentuhan inovasi yang segar.
Dalam masa sama, Spritzer Sparkling diperkenalkan sebagai bahan yang bukan sahaja menyegarkan untuk diminum, malah mampu menambah nilai kepada hidangan dan minuman perayaan.
Pendekatan ini sekali gus membuka ruang kepada pengalaman menjamu selera yang lebih kreatif, sambil mencipta momen bermakna bersama keluarga sepanjang sambutan Aidilfitri.
Muzikal Aidilfitri yang Menghiburkan
Sebagai sebahagian daripada kempen tersebut, Spritzer turut menampilkan sebuah filem muzikal Raya berjudul Samting-Samting yang dibintangi oleh Fimie Don, Wani Kayrie dan Elliza Razak.
Dalam muzikal ini, Fimie Don dan Wani Kayrie yang juga duta rasmi Spritzer Sparkling bagi kempen Raya 2026 membawakan watak pasangan pengantin baharu moden yang pulang ke kampung halaman suami untuk menyambut raya pertama mereka bersama keluarga.
Naratif filem tersebut menggabungkan elemen komedi, drama dan muzikal dalam sebuah kisah yang cukup dekat dengan realiti masyarakat Malaysia.
Ceritanya berpusat pada watak Alia, yang cuba menyediakan hidangan tradisi keluarga dengan pendekatan lebih moden menggunakan bahan rahsia, Spritzer Sparkling.
Kehebatan masakan Alia secara tidak langsung mencetuskan rasa curiga dalam kalangan ahli keluarga, khususnya Mak Ngah yang terkenal sebagai ketua jurumasak keluarga.
Apabila hidangan disediakan Alia menjadi luar biasa enaknya, Mak Ngah mula merasakan ada 'samting-samting' yang tidak kena.
Situasi tersebut kemudian berkembang menjadi rangkaian babak lucu yang memaparkan dinamika keluarga, perbezaan generasi serta cara baharu dalam menghargai tradisi lama.
Dalam masa sama, filem ini turut menyampaikan mesej bahawa inovasi tidak semestinya menolak warisan, sebaliknya boleh menjadi cara untuk meraikan tradisi dengan perspektif yang lebih segar.
Bagi mereka yang ingin mencuba sendiri resipi hidangan dan minuman dengan sentuhan Spritzer Sparkling, pelbagai resipi yang diperkenalkan dalam kempen ini boleh didapati melalui laman sesawang mikro Raya Spritzer.
Selain itu, filem muzikal Samting-Samting juga boleh ditonton di laman sama, bersama maklumat lanjut mengenai promosi sempena kempen tersebut serta sesi ramah mesra bersama Fimie Don dan Wani Kayrie. - 7KLIK
ARTIKEL LAIN:
0 Comments