Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Sunshine Bakeries Perkenalkan KOMUGI GOLD Roti Hana Ocha Edisi Terhad


ADA keindahan yang memikat dalam haruman bunga jasmine yang lembut, menenangkan dan penuh pesona. Sunshine Bakeries kini membawa aroma tersebut ke dalam sebuah inovasi baharu, menjadikannya sesuatu yang boleh dinikmati setiap hari dalam bentuk yang lebih moden dan lembut.

Pada 20 November lalu, Sunshine memperkenalkan KOMUGI GOLD Roti Hana Ocha edisi terhad, sebagai penghormatan kepada keanggunan seni pembuatan Jepun dan keindahan bunga jasmine.

Meneruskan kejayaan siri KOMUGI GOLD yang mula diperkenalkan pada September dengan Dark Rye Wholemeal Loaf, keluaran istimewa ini mentafsir semula roti harian dengan sentuhan yang lebih aromatik, halus dan memikat.

Direka khas untuk memenuhi minat rakyat Malaysia terhadap cita rasa berinspirasikan Jepun, Roti Hana Ocha membawa nafas baharu yang lebih ringan dan harum, diinspirasikan daripada ketenangan ritual teh Jepun yang cukup sinonim dengan kesederhanaan dan ketelitian.

Perpaduan Aroma Jasmine & Sentuhan Seni Bakeri Jepun

Di Jepun, waktu minum teh bukan sekadar rutin, tetapi satu seni yang menghargai aroma, keseimbangan dan keindahan di sebaliknya. Terinspirasi daripada tradisi itu, Sunshine Bakeries menghasilkan Roti Hana Ocha sebagai refleksi moden terhadap kesempurnaan Jepun yang lembut, tenang dan penuh perincian.

Setiap roti dihasilkan menggunakan tepung gandum premium dari Jepun, dark rye, dark malt, bijan hitam dan oat, sebelum diinfus dengan teh Jasmine yang mengeluarkan aroma floral menenangkan sebaik sahaja bungkusan dibuka.

Kemanisan semula jadi roti ini hadir dalam nota lembut seakan madu, menjadikan setiap gigitan lebih memikat. Teksturnya yang gebu dan aromatik menyatukan aroma jasmine dengan kehangatan bijirin,  menghasilkan rasa yang seimbang dan begitu menyenangkan.

Rakyat Malaysia mula mengenali siri KOMUGI GOLD melalui Dark Rye Wholemeal Loaf yang menonjolkan kekayaan bijirin dan seni pembuatan roti Jepun.

Kini, Roti Hana Ocha meneruskan legasi tersebut dengan membawa sentuhan yang lebih halus. Tepung gandum Jepun memberikan tekstur gebu khas KOMUGI GOLD, manakala campuran bijirin menambah dimensi rasa.

Infusi teh jasmine pula pula menyempurnakan keseluruhan pengalaman, membangkitkan deria dengan lembut sambil mengekalkan keseimbangan antara rasa manis dan kehangatan bijirin.

Berbeza dengan keluaran pertama yang menonjolkan tekstur dan rasa lebih padat, Roti Hana Ocha pula pula meraikan sisi yang lebih lembut dan elegan, selari dengan falsafah KOMUGI GOLD.

Lebih daripada sekadar roti, ia menggambarkan bagaimana jenama ini terus berkembang, membawa kepakaran bakeri Jepun ke meja makan rakyat Malaysia sambil mengekalkan janji Simply Japanese Perfection.

Walaupun berpenampilan mewah, Roti Hana Ocha tetap dicipta untuk kenikmatan harian yang sesuai untuk sarapan, minum petang atau saat di hujung minggu. Apabila dibakar, aromanya memenuhi ruang seperti suasana rumah teh tradisional.

Roti ini juga serasi dinikmati bersama teh hijau, teh hitam mahupun kopi, mengingatkan bahawa momen ‘me-time’ tidak perlu rumit; kadangkala cukup dengan roti yang dibuat dengan penuh teliti.

Sama ada dinikmati bersama mentega, madu atau jem kegemaran, Roti Hana Ocha menjadikan detik biasa sebagai satu pengalaman yang mengasyikkan, menyenangkan dan mengenyangkan.

Sunshine Bakeries sekali lagi membuktikan bahawa nilai istimewa bukan hanya terletak pada kemewahan besar, tetapi juga dalam perincian kecil yang menjadikan rutin harian terasa lebih bermakna.

Kini, Sunshine KOMUGI GOLD Roti Hana Ocha edisi terhad boleh didapati di rangkaian pasar raya dan kedai serbaneka utama di seluruh Lembah Klang, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Johor Bahru, Melaka dan Ipoh.

Dijamin halal dan dihasilkan untuk cita rasa moden rakyat Malaysia, roti ini menjadi simbol baharu seni pembuatan roti Jepun dalam kehidupan seharian, namun hanya sementara stok masih ada. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments