Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Bromley 750, Speaker Parti Pertama Daripada Marshall

Bromley 750 hadir dengan rekaan ikonik dan akustik unggul | FOTO: Marshall

MENGGABUNGAN teknologi audio yang diperhalusi selama puluhan tahun dengan rekaan ikonik yang sinonim dengan jenama Marshall, pelancaran Bromley 750 menandakan langkah baharu dalam dunia pembesar suara mudah alih.

Buat
pertama kalinya, Marshall memperkenalkan ‘party speaker’ yang dirangka bukan sekadar untuk bunyi lantang, tetapi juga pengalaman muzik yang lebih menyeluruh.

Marshall
sentiasa memahami cara muzik menghubungkan manusia, sama ada di tengah konsert besar yang menggemakan ribuan suara atau ketika sesi santai bersama rakan-rakan.

Menerusi
Bromley 750, jenama ini memperluaskan definisi ruang dengar di mana ia boleh menghidupkan suasana di jalanan, gudang, kawasan lapang atau sekadar ruang tamu, sambil mengekalkan karakter bunyi yang menjadi identitinya sejak dulu.

Dengan lebih 40 jam masa main tanpa henti, bunyi True Stereophonic 360° serta binaan yang membawa DNA 'Marshall look', Bromley 750 hadir sebagai peranti yang tidak sekadar kuat tetapi turut memikat dari segi reka bentuk dan pengalaman pengguna.

Rekaan
Ikonik

Salah
satu ciri utama yang membezakan Bromley 750 ialah kawalan watak bunyi baharu, membolehkan pengguna memilih antara mod ‘dynamic’ atau ‘loud’ mengikut keadaan.

Di
ruang tertutup, mod dynamic memastikan muzik lebih jelas dan seimbang, manakala mod loud memberi impak maksimum ketika digunakan di luar atau di kawasan yang lebih terbuka.

Selain
keupayaan audio, Marshall turut mengekalkan sentuhan rekaannya yang tersendiri. Panel kawalan logam berus, balutan kulit PU berasaskan air dan jeriji logam berukir memberikan rupa yang premium tanpa berlebihan.

Penarafan
IP54 pula melindungi speaker ini daripada debu dan percikan air, sesuatu yang penting bagi mereka yang gemar membawa muzik ke ruang luar.

Lebih menarik, Bromley 750 disertakan lampu pentas terbina sebagai elemen visual yang bergerak seiring dengan muzik.

Dengan
beberapa pilihan mood pencahayaan, ia mengubah ruang biasa menjadi suasana parti kecil yang lebih intim.

Sokongan
dua ‘combo jack’ juga membolehkan sambungan mikrofon atau instrumen, menjadikannya lebih fleksibel untuk acara kecil, persembahan spontan atau sesi kreatif bersama rakan.

Rekaan
yang praktikal turut diberi perhatian. Bateri boleh ditukar ganti berfungsi sebagai power bank, sementara pemegang dan roda terbina memudahkan pembawaannya, cukup untuk seorang sahaja menggerakkannya ke destinasi seterusnya.

Dalam
perkembangan berkaitan, Pengurus Produk Marshall Group, Hanna Wallner, menjelaskan bahawa kemasukan Marshall ke kategori party speaker bukan sekadar usaha mengisi ruang pasaran, tetapi peluang untuk menawarkan sesuatu yang berbeza.

Dengan mengekalkan identiti dan akustik unggul Marshall, kami menghasilkan produk yang menonjol, sekaligus membawa perspektif baharu dalam kategori ini,” katanya.

Marshall sememangnya memahami kuasa muzik | FOTO: Marshall

Ciri-Ciri
Utama Bromley 750 Dalam Perincian

  • Bunyi 360° True Stereophonic menyampaikan pengalaman mendengar yang seimbang di setiap arah, sesuai untuk ruang terbuka atau kawasan luas. Dua top tweeters yang diarahkan ke atas dan sekeliling membantu menolak bunyi secara menyeluruh, memastikan setiap rentak dan lapisan muzik dapat dirasai tanpa kehilangan jelas.

  • Untuk mereka yang tidak mahu muzik terhenti, bateri yang mampu bertahan lebih 40 jam memberikan kebebasan sepenuhnya. Apabila bateri semakin lemah, pengguna boleh menukarnya dengan bateri tambahan atau terus mengecas sambil mendengar melalui kabel AC.

  • Kawalan karakter bunyi pula memberi fleksibiliti kepada pengguna untuk menyesuaikan mood. Ia boleh beralih daripada suasana santai sebelum acara kepada kemuncak parti hanya melalui satu pelarasan mudah, sama ada dalam mod dynamic atau loud.

  • Ciri lampu pentas terbina menaikkan suasana dengan pencahayaan yang bergerak mengikut rentak, manakala input mikrofon dan instrumen menawarkan tahap interaktiviti yang jarang ada pada speaker dalam kategori ini.

  • Penarafan IP54 menjadikan Bromley 750 cukup tahan untuk penggunaan luar, dan sistem saliran pada tweeters memastikan air tidak terkumpul ketika digunakan pada keadaan yang tidak menentu.

  • Bagi mereka yang sentiasa bergerak, pemegang dan roda terbina menawarkan kemudahan yang signifikan. Dengan hanya condongkan sedikit, speaker boleh ditarik keluar dari pintu dan dibawa ke lokasi acara seterusnya di mana ia ringkas, praktikal, dan direka untuk mobiliti.

Bromley 750 kini tersedia di peruncit terpilih termasuk Harvey Norman, Thunder Match Technology (TMT), dan PC Image, diikuti oleh Urban Republic, Flash Gadgets, ALL IT Hypermarket, Vivid Concepts, EWT Technology, dan SNS Network. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments