BERMULA daripada kehidupan serba sederhana, termasuk berniaga kecil-kecilan, menjaja dan bergantung kepada bantuan asnaf, perjalanan 15 ahli Sri Semantan Privilege Club (SSPC) akhirnya membawa mereka kepada satu pencapaian yang sukar dijangka.
Mereka bukan sahaja berjaya mencapai tahap Freedom menerusi pencapaian jualan emas sebanyak 20 kilogram secara berkumpulan, malah setiap seorang menerima sebuah banglo empat bilik bernilai RM350,000.
Kediaman berkenaan diserahkan kepada 15 ahli dari Kelantan, Pahang, Johor dan Selangor, menjadikan mereka kumpulan pertama menerima manfaat tersebut dengan keseluruhan nilai kediaman mencecah kira-kira RM4.5 juta.
Pengerusi Kedai Emas Sri Semantan, Mohamad Hafizal Mahmood, menjelaskan tahap Freedom merupakan antara pencapaian tertinggi dalam komuniti SSPC selepas ahli melalui beberapa peringkat, termasuk Affiliate, Assistant Manager, Manager dan Master Manager.
“Rumah ini adalah pencapaian tertinggi bagi mereka selepas melalui beberapa fasa tertentu dalam komuniti.
“Sebelum ini pun mereka berpeluang menerima pelbagai ganjaran seperti kereta, pakej melancong, umrah dan emas untuk simpanan peribadi,” katanya yang ditemui selepas Majlis Penyerahan Kunci Rumah Freedom dan Kenduri SSPC di Tok Uban, Pasir Mas, Kelantan, Jumaat lalu.
Bagi melayakkan diri ke tahap Freedom, pencapaian ahli dinilai berdasarkan prestasi kumpulan yang berjaya mencapai jumlah jualan 20 kilogram emas.
Menurut Mohamad Hafizal, pemberian rumah tersebut bukan sekadar ganjaran atas pencapaian jualan, tetapi sebahagian daripada usaha membentuk komuniti yang dapat berkongsi manfaat menerusi aktiviti perniagaan emas.
“Kami mahu mereka sama-sama berkongsi rezeki dan membantu masyarakat melalui komuniti yang dibentuk.
“Rumah ini adalah satu bentuk penghargaan kepada mereka yang berjaya mencapai tahap ditetapkan,” katanya.
Dari Pemandu E-hailing Kepada Pemilik Banglo
Kelantan menjadi lokasi pertama bagi pelaksanaan pemberian kediaman berkenaan, dengan konsep sama berpotensi dikembangkan ke negeri-negeri lain pada masa akan datang.
Pada masa sama, Mohamad Hafizal menjelaskan Emas Sri Semantan bukan syarikat pemaju perumahan. Sebaliknya, kediaman itu merupakan inisiatif penghargaan kepada ahli yang mencapai tahap tertentu dalam komuniti perniagaan emas berkenaan.
Antara penerima yang mempunyai kisah tersendiri ialah Mohd Din Sugiman, 61, yang melalui perjalanan hidup penuh cabaran dalam usaha mengubah kehidupan sebelum akhirnya meraih kejayaan berkenaan.
Sebelum menyertai Emas Sri Semantan, bekas pemandu e-hailing itu pernah meredah beberapa negeri demi mencari pendapatan untuk meneruskan kehidupan.
Malah, ketika masih menerima bantuan asnaf, dia mengakui perlu bekerja keras bagi menampung keperluan harian.
“Saya pernah memandu e-hailing dari Kuantan, Pulau Pinang, Perlis hingga Johor untuk mencari makan.
“Saya mula menyertai Emas Sri Semantan pada 2 Jun tahun lepas dan mencapai pencapaian pertama lima kilogram emas sekitar November tahun sama sebelum akhirnya mencapai tahap Freedom dalam tempoh kira-kira setahun,” katanya.
Perjalanannya dalam komuniti tersebut turut membuahkan beberapa ganjaran lain sebelum menerima banglo berkenaan, termasuk sebuah Toyota Vios dan Toyota Vellfire.
Namun, bagi Mohd Din, perubahan paling bermakna adalah apabila dia tidak lagi bergantung kepada bantuan asnaf selepas memperoleh pendapatan melalui aktiviti jualan emas bersama komuniti berkenaan.
“Saya bersyukur kepada ALLAH SWT kerana diberi peluang mengubah kehidupan. Dulu saya bukan siapa-siapa, tetapi sekarang saya dapat mencapai kejayaan seperti ini,” katanya.
Pencapaian 15 ahli itu akhirnya menjadi lebih daripada sekadar penyerahan kunci sebuah rumah, apabila ia turut membawa kisah perjalanan hidup, usaha mencari rezeki dan perubahan kehidupan yang dilalui setiap penerima sebelum sampai ke tahap Freedom. - 7KLIK
ARTIKEL LAIN:
0 Comments