Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Tate McRae Lancar Versi Deluxe Album 'So Close To What'


BINTANG pop sensasi Tate McRae kini tampil dengan versi deluxe daripada albumnya yang sangat sukses, So Close to What, yang baru sahaja rilis pada 21 November lalu.

Album terbitan RCA Records ini memuatkan lima lagu baharu, termasuk single Tit For Tat yang debut di kedudukan #3 Billboard Hot 100, sekali gus menjadi lagu ketiganya memasuki tangga 10 teratas carta berprestij itu.

Turut menyertai senarai lagu baharu ialah Nobody’s Girl yang rancak dan penuh tekstur sonik, pilihan peminat Anything But Love, lagu penuh emosi Trying On Shoes serta Horseshoe.

Pada masa sama, McRae, turut berkongsi muzik video Nobody’s Girl yang hadir dengan visual bernuansa 'dreamy'. Video ini diarahkan oleh Thibaut Grevet, menampilkan koreografi oleh kolektif tarian Perancis (LA)HORDE, menggabungkan sinematografi lembut dengan gerakan tari yang dramatik dan artistik.

Senarai penuh So Close What??? (deluxe) menampilkan pilihan lagu yang padat dan pelbagai mood seperti Trying On Shoes, Anything But Love, Nobody’s Girl, Horseshoe, Tit For Tat, Miss Possessive, Revolving Door, Bloodonmyhands (feat. Flo Milli), Dear God, Purple Lace Bra, Sports Car, Signs, I Know Love (feat. The Kid LAROI), Like I Do, It's OK I'm OK, No I'm Not In Love, Means I Care, Greenlight, 2 Hands, Siren Sounds (bonus) dan Nostalgia.

Pelancaran versi deluxe ini hadir selepas McRae menamatkan jelajah global Miss Possessive Arena Tour yang laris sepenuhnya. Dengan lebih 80 tarikh persembahan dan satu juta tiket terjual, jelajah ini membawa penyanyi asal Kanada itu ke pentas-pentas besar di seluruh Amerika Latin, Eropah, United Kingdom dan Amerika Utara.

Versi deluxe ini menandakan fasa yang semakin kukuh dalam evolusi seni Tate McRae. Ia bukan sekadar projek tambahan, tetapi refleksi bagaimana bintang berusia 22 tahun ini terus berkembang sebagai penghibur global yang tahu memadukan emosi, visual dan identiti popnya dengan cara yang semakin berani dan memukau. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments