Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Dinner In The Sky Malaysia: Nikmati Hidangan Sambil Rasai Sensasi Pemandangan 360° Kuala Lumpur


SELEPAS Selepas 10 tahun meninggalkan kenangan tak terlupakan sejak pertama kali memukau rakyat Malaysia, Dinner In The Sky Malaysia kembali dengan versi terbaharu.

Ia dilancarkan secara rasmi oleh Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, Khairul Firdaus Akbar Khan, dalam satu majlis khas yang dihadiri media, tetamu jemputan, serta rakan industri pelancongan baru-baru ini.

Bersempena pelancaran Visit Malaysia Year 2026, pengalaman unik ini sekali lagi memberi peluang kepada pengunjung tempatan dan antarabangsa menikmati hidangan di udara dengan ketinggian 150 kaki  dan panorama 360° Kuala Lumpur yang memukau.

Terletak di TREC Kuala Lumpur, pop-up experience terhad ini berlangsung sehingga akhir Januari 2026. Ia menampilkan hidangan tiga sajian yang disediakan oleh Ceylon House, sebahagian daripada Cinnamon Group yang terkenal dengan pelbagai anugerah, salah satu nama utama dalam dunia santapan mewah di Malaysia. Semua ini disajikan dengan latar lampu kota yang memukau.

Tetamu akan dipakaikan tali pinggang keselamatan sepanjang masa di atas platform makan yang berputar, memastikan setiap tetamu dapat menikmati pemandangan 360° kota dari atas dengan selesa.

Keselamatan dan Standard Antarabangsa

Konsep unik ini mula diperkenalkan di Brussels, Belgium pada Mei 2006 dan sejak itu telah menganjurkan lebih 10,000 sesi di lebih 70 bandar di seluruh dunia.

Di Malaysia, Dinner In The Sky meneruskan legasi tersebut dengan mengekalkan standard keselamatan tertinggi dalam setiap pengalaman yang ditawarkan.

Sepanjang pengalaman makan di udara ini, tetamu akan memakai tali pinggang keselamatan, manakala kakitangan bertugas lengkap dengan harness (tali keselamatan khas) bagi memastikan tahap keselamatan tertinggi.

Seorang pengawas keselamatan akan memberi taklimat sebelum sesi bermula dan sentiasa berkomunikasi dengan pengendali kren serta pasukan sokongan di bawah bagi memastikan kelancaran pengalaman.

Semua reka bentuk, pengiraan dan ujian simulasi telah disemak serta disahkan oleh TÜV SÜD, sebuah organisasi dari Jerman yang memastikan tahap keselamatan produk bagi melindungi pengguna dan alam sekitar daripada sebarang risiko.



Pengalaman Dinner In The Sky Malaysia ditawarkan pada harga RM399 seorang, termasuk hidangan tiga sajian dan minuman sepanjang sesi selama satu jam di udara.

Setiap hari, tetamu boleh memilih antara dua waktu berbeza iaitu KL Sunset pada 6.30 petang atau KL City Lights pada 8 malam bagi menikmati panorama kota Kuala Lumpur dalam dua suasana yang mempesona.

Tempahan boleh dibuat secara dalam talian menerusi laman rasmi Dinner In The Sky Malaysia atau terus di lokasi di TREC Kuala Lumpur.

Sambutan bagi minggu pembukaan dilaporkan luar biasa dengan tempat duduk cepat habis dijual, mencerminkan keterujaan ramai terhadap kemunculan semula pengalaman ikonik ini.

Dengan gabungan pengalaman gastronomi mewah, panorama menakjubkan, dan standard keselamatan antarabangsa, Dinner In The Sky Malaysia terus menawarkan pengalaman yang bukan sahaja memukau tetapi juga meninggalkan kenangan yang sukar dilupakan bagi setiap pengunjung.  - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments