JIKA anda merancang untuk bercuti ke negara-negara Asia seperti Jepun, Korea Selatan, Hong Kong, Macau atau Taiwan, program terbaharu RTM, Best of Asia patut menjadi rujukan anda.
Siri kembara ini bakal memulakan siaran pada 1 November ini, setiap Sabtu jam 12 tengah hari menerusi saluran Okey dan RTMKlik.
Program 13 episod ini menampilkan hos Mukmin Faris yang membawa penonton merentasi beberapa bandar ikonik dan lokasi menarik di seluruh Asia.
Sepanjang perjalanan, hos berkongsi pengalaman sebenar sebagai pengembara, termasuk tip memilih pengangkutan awam, panduan memandu sendiri untuk perjalanan yang lebih bebas, serta cara mencari makanan halal di negara yang dikunjungi.
Selain meneroka pusat bandar,
Best of Asia turut mengetengahkan pemandangan luar bandar yang memukau, budaya setempat serta suasana unik setiap destinasi.
Antara lokasi yang ditampilkan termasuk Chiba, Kobe, Tokyo dan Osaka di Jepun; Seoul, Itaewon, Incheon dan Nami Island di Korea Selatan; serta Macau, Hong Kong dan Taiwan. Kepelbagaian destinasi ini menjadikan siri Best of Asia rujukan padat untuk sesiapa yang ingin merancang percutian penuh pengalaman.
Bagi mereka yang sukakan percutian terancang dan ingin menyelami budaya Asia dengan lebih mendalam, Best of Asia hadir tepat pada masanya.
Saksikan pengembaraan menarik ini di saluran Okey dan RTMKlik, dan ilhamkan perjalanan anda seterusnya bersama RTM.
- 7KLIKARTIKEL LAIN:
0 Comments