Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Tiada Langganan? Ini Peluang Anda Tonton Siri Hollywood Popular di Disney+ Hotstar Secara Percuma


BULAN Julai ini, Disney+ Hotstar Malaysia membawakan kejutan istimewa buat peminat hiburan di mana anda boleh menonton pelbagai siri Hollywood terpilih secara percuma, tanpa perlu melanggan.

Bermula sekarang hingga 15 Ogos 2025, penonton berpeluang menikmati episod pilihan daripada pelbagai genre seperti drama, komedi, aksi dan jenayah.

Cukup sekadar mendaftar akaun di laman utama Disney+ Hotstar dan anda boleh terus menonton tanpa bayaranInilah masa terbaik untuk menonton semula siri kegemaran anda atau menemui cerita baharu. Dengan tema #MoreForYou, Disney+ Hotstar terus memberikan pilihan hiburan berkualiti buat semua.

Antara judul yang ditawarkan termasuk The Bear, pemenang Emmy bagi Siri Komedi Terbaik, yang membawa penonton menyelami kekalutan dapur sebuah restoran di Chicago. Di sebalik kekecohan itu, terselit kisah tentang kehilangan, semangat dan keluarga yang tercipta melalui perjuangan.

Jika anda menggemari kisah epik sejarah, Shōgun, pemenang Golden Globe bagi Siri Drama Terbaik, menghidupkan zaman Jepun abad ke-17. Kisahnya membongkar konflik kuasa antara panglima perang dan kelasi Inggeris yang terdampar penuh dengan strategi, politik dan pertembungan budaya.

Sementara itu, Paradise menggabungkan elemen misteri dan politik apabila kematian seorang bekas presiden mencetuskan konspirasi tersembunyi dan perebutan kuasa di sebuah komuniti berprofil tinggi.

Bagi yang mahukan tontonan santai, High Potential mengetengahkan kisah seorang ibu tunggal yang secara tidak sengaja menjadi pakar menyelesaikan jenayah.

Anda juga boleh bergelak ketawa bersama Abbott Elementary, pemenang Emmy yang sarat dengan humor dan mesej positif. Atau mengimbas kembali kehangatan kekeluargaan dalam siri ikonik Modern Family.

Peminat Marvel pula boleh menyaksikan The Falcon and the Winter Soldier, yang bukan sekadar padat aksi, malah membincangkan tentang identiti dan makna menjadi seorang wira.

Tidak ketinggalan, Percy Jackson and the Olympians membawakan pengembaraan mitologi yang segar dan menghiburkan, dengan gabungan dewa, makhluk legenda dan misi menyelamatkan dunia.

Bagi anda yang menggemari genre thriller, Criminal Minds dan 9-1-1 menawarkan ketegangan yang berbeza. Criminal Minds memaparkan kes jenayah psikologi yang mencabar minda, manakala 9-1-1 pula mendebarkan dengan situasi kecemasan yang dramatik, namun penuh sisi kemanusiaan.

| FOTO: Disney+ Hotstar

Lebih banyak kandungan menarik bakal diperkenalkan bulan depan, jadi pastikan anda tidak terlepas. Daftar akaun percuma di Disney+ Hotstar dan mula menonton hari ini.

Sekiranya anda ingin menikmati siri-siri lain secara penuh, langganan bermula serendah RM24.90 sebulan. Semua ini dan banyak lagi hanya di Disney+ Hotstar- 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments