Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Sinners Mula Ditayangkan Secara Eksklusif di Max Bermula 4 Julai


FILEM seram arahan pengarah berkaliber, Ryan Coogler berjudul Sinners bakal ditayangkan secara eksklusif di Max bermula Jumaat, 4 Julai 2025.

Menampilkan pelakon popular Michael B. Jordan dalam dua watak berbeza, filem ini mengangkat kisah dua beradik kembar yang cuba meninggalkan masa silam mereka, kembali ke kampung halaman untuk memulakan hidup baharu.

Namun, apa yang menanti bukanlah ketenangan, sebaliknya, satu kuasa jahat yang jauh lebih gelap dan berbahaya sedang menunggu untuk memburu mereka kembali.

Selain Jordan, Sinners turut dibintangi barisan pelakon hebat termasuk Hailee Steinfeld, Jack O’Connell, Wunmi Mosaku, Jayme Lawson, Omar Miller, dan Delroy Lindo.

Salah satu babak mendebarkan dalam Sinners | FOTO: MAX

Disiarkan secara eksklusif di Max, filem ini menambah satu lagi koleksi tayangan berkualiti yang menonjolkan kekuatan platform tersebut sebagai hab hiburan moden.

Max juga terus membuktikan komitmennya sebagai platform hiburan premium dengan deretan filem dan siri yang sentiasa segar dan berkualiti tinggi, menjadikannya destinasi utama untuk penonton global yang dahagakan kandungan luar biasa.

Jangan ketinggalan menonton Sinners mulai 4 Julai ini, eksklusif di Max. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments