Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Don Lee Bintangi Siri Fantasi Aksi Terbaharu, Twelve – Tayangan Bermula 23 Ogos di Disney+ Hotstar


BERSEDIA untuk satu lagi kisah epik penuh aksi dan elemen fantasi? Siri Korea terbaharu, Twelve akan menemui penonton bermula 23 Ogos ini secara eksklusif di Disney+ Hotstar.

Berlatarbelakangkan dunia moden Seoul yang dilanda ancaman kegelapan, Twelve yang menampilkan pelakon terkenal Don Lee sebagai teraju utama itu mengisahkan kebangkitan semula kuasa jahat purba yang pernah disekat ribuan tahun lalu.

Suatu ketika dahulu, dua belas penjaga ini berjuang habis-habisan untuk menghapuskan roh-roh jahat yang mengancam dunia. Namun untuk mencapai kemenangan, mereka terpaksa melakukan pengorbanan besar sehingga kuasa jahat itu disekat dan manusia kembali hidup aman.

Kini, hanya beberapa penjaga yang masih wujud dan menjalani kehidupan biasa sambil melindungi manusia secara rahsia.

Namun apabila kegelapan mula bangkit semula, mereka harus bersatu sekali lagi di bawah pimpinan Taesan (Don Lee) bagi mempertahankan Seoul dan seluruh Semenanjung Korea daripada dihancurkan oleh kuasa jahat.

Antara babak menarik dalam Twelve | FOTO: Disney+ Hotstar

Siri ini turut dibintangi oleh Park Hyungsik sebagai Ogwi, seorang makhluk purba yang telah disekat selama seribu tahun.

Dengan gandingan mantap dua pelakon popular ini, Twelve dijangka menjadi antara naskhah aksi Korea paling dinanti tahun ini.

Naskhah yang ditulis oleh Kim Bonghan bersama Don Lee sendiri, dan diarahkan oleh Kang Daekyu serta Han Yunseon ini menjanjikan penceritaan epik yang sarat dengan pertempuran mistik, mitologi zodiak, dan aksi mendebarkan di tengah kota moden.

Saksikan bagaimana para penjaga bangkit semula dalam dunia yang serba berubah. Twelve boleh mula distrim 23 Ogos ini, hanya di Disney+ Hotstar. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments