"Genre muzik saya agak berbeza dengan lain" - Kucaimars


SETELAH lama menyepikan diri, penyanyi Kucaimars kembali dengan buah tangan terbaharu, Aku Fobia.

Kucaimars atau nama sebenar Amirul Husyairi, 26, menyifatkan single ciptaan bersama composer Emeer Bakri, Amsyar Razqa, dan Anwar Amzah itu adalah sangat istimewa kerana ia dihasilkan secara spontan.

"Lagu Aku Fobia ini adalah sebuah lagu yang menyeronokkan. Malah ia uniknya lirik lagu menepis streotaip yang selalu dianggap lelaki sebagai 'buaya' dengan menampilkan perkara sebaliknya apabila perempuan pula yang digelar 'buaya' dalam perhubungan.

“Projek ini bermula dengan agak santai dan tanpa dirancang di mana ia bermula apabila salah seorang peminat yang meminta saya mencipta lagu tentang dirinya yang selama ini menjalani 'toxic relationship.

"Jadi saya bersama team studio dan komposer terus mencipta lagu untuk dia dan ia mengambil dalam masa lima minit sahaja," jelasnya.

Aku Fobia mengisahkan tentang seorang individu yang awalnya percaya cinta adalah sesuatu yang indah, tetapi akhirnya menyedari ia tidak selalu seperti itu. Dia jatuh cinta pada seseorang yang ternyata hanya memanfaatkannya. Karya itu menggambarkan perjalanan emosional dan kesedaran diri seseorang dalam hubungan yang tidak sihat.

Penyanyi yang kini bernaung di bawah label Armani Entertainment Group (AEG) itu berkata, lagu tersebut merupakan sebuah projek eksprerimen yang secara tidak langsung mahu melihat sejauh mana penerimaan peminat dengan genre muzik sebegitu.

“Lagu ini adalah sebuah projek eksperimen kerana jarang komposer di Malaysia yang akan cipta muzik-muzik bergenre sebegini.

"Saya tidak meletakkan sasaran apa-apa, sebaliknya sekadar mahu  menghiburkan pendengar. Jika lagu ini diterima baik dan menjadi lagu harian pendengar, ia sudah cukup buat saya dan team gembira.

“Genre muzik saya agak berbeza dengan lain, jadi untuk menampakkan kelainan itu, ia mengambil masa sedikit kerana industri muzik sekarang universal. Mana-mana lagu yang peminat suka dengar, ia akan pergi jauh," katanya.

Peminat pilih cover

Berkongsi perkembangan terkini dirinya, Kucaimars, selama menyepikan diri sebelum ini, dia banyak menghabiskan masa di studio, mencari ilham sebelum tampil dengan muzik dan karya baharu.

"Perkembangan setakat ini agak konsisten selepas berehat terlalu lama ketika PKP (Perintah Kawalan Pergerakan). Jadi inilah masa untuk saya comeback dengan muzik yang baharu.

"Alhamdulillah proses sepanjang pembikinan lagu ini amat mudah kerana semua sudah ada chemistry dengan muzik yang mahu dibuat. Jadi kami hanya perlu mencari tajuk sahaja ketika itu," katanya.

Kucaimars mahukan dekatkan diri dengan peminat.

Menyentuh tentang konsep cover, bekas peserta program realiti TV, Big Stage musim kedua  itu berkata, kali ini dia menampilkan kelainan dalam konsep grafik.  

"Kami ada beberapa pilihan cover dan saya meminta pengikut di media sosial untuk memilih mana satu yang mereka suka. Pilihan yang paling banyak itulah akhirnya saya gunakan untuk single ini. 

"Sebenarnya ia juga bertujuan untuk mendekatkan diri saya bersama pengikut-pengikut saya supaya mereka rasa dihargai dengan keterlibatan mereka memilih cover art ini.

Single Aku Fobia kini boleh didengari dan dimuat turun melalui platform penstriman atas talian utama seperti Apple Music, Spotify, Joox, YouTube Music dan muzik video boleh ditonton eksklusif di saluran YouTube @ArmaniEntertainmentGroup. 
- 7KLIK


ARTIKEL LAIN: 

[FOTO: Armani Entertainment Group - Terima Kasih Famy G

Post a Comment

Previous Post Next Post