REKAAN jam tangan sering menjadi sebahagian daripada gaya peribadi, sama ada sebagai pelengkap penampilan harian mahupun aksesori untuk acara tertentu.
Melihat kepada hubungan antara fesyen dan ekspresi diri ini, Cerruti 1881 memperkenalkan koleksi jam tangan Musim Luruh/Sejuk 2026 (FW26) bersama konsep kios baharu di IOI City Mall, Putrajaya.
Pelancaran yang berlangsung menerusi tema ‘A New Chapter’ pada Selasa itu turut mencatat satu pencapaian buat pasaran tempatan apabila Malaysia menjadi negara pertama di dunia memperkenalkan reka bentuk kios terbaharu jenama berkenaan.
Perubahan paling ketara pada kios itu dapat dilihat menerusi susun atur yang lebih ringkas, dengan empat laluan asal disatukan menjadi satu laluan utama. Logo jenama turut diperbaharui menggunakan gaya huruf baharu, manakala panel pameran kaca bercahaya bersaiz besar digunakan untuk memaparkan koleksi jam tangan dengan lebih jelas.
Pendekatan ini memberikan tumpuan kepada produk yang dipamerkan tanpa mengetepikan identiti Cerruti 1881 yang menggabungkan warisan rekaan Itali dengan pengaruh keanggunan Paris. Pembaharuan tersebut juga hadir dalam kerjasama jenama itu bersama A.D. Time Sdn. Bhd., pengedarnya di Malaysia sejak 2005.
Pengarah Eksekutif Perniagaan A.D. Time Sdn. Bhd., MB Lim, melihat pembaharuan kios itu sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk mendekatkan jenama dengan pengguna tempatan, selain menyediakan ruang yang lebih selesa untuk mereka mengenali koleksi yang ditawarkan.
Rekaan Klasik Dengan Sentuhan Kontemporari
Seiring pengenalan ruang baharu itu, koleksi FW26 mengetengahkan gabungan rekaan kontemporari dan perincian yang mengambil inspirasi daripada warisan Cerruti 1881.
%20-%20(6).jpg)
![]() |
| Koleksi Lucardo dan Norcia Mini mengetengahkan karakter tersendiri menerusi perbezaan reka bentuk yang disesuaikan dengan gaya lelaki dan wanita | FOTO: Cerruti 1881. |
Lucardo tampil dengan muka jam berlapis dan reka bentuk terbuka yang memperlihatkan sebahagian komponen mekanikal di dalamnya. Sebagai jam tangan automatik, model ini turut menampilkan perincian berinspirasikan gaya industri, kemasan berwarna emas ros dan tali jam bertekstur. Gabungan tersebut memberikan karakter lebih tegas, namun masih sesuai dipadankan dengan gaya formal mahupun kasual.
Bagi pilihan wanita, Norcia Mini mengetengahkan bentuk bujur dengan bingkai muka jam bertatahkan kristal serta gelang logam berbilang pautan. Antara variasinya ialah muka jam hijau zamrud dengan kemasan berkilau, perincian emas dan penanda waktu angka Rom. Rekaannya mengambil ilham daripada barang kemas klasik, tetapi disesuaikan dengan sentuhan yang lebih moden.
Majlis tersebut turut menampilkan Aedy Ashraf yang mengakui tertarik dengan rekaan Lucardo, khususnya bentuk muka jam serta perincian mekanikal yang menjadi antara ciri utama model berkenaan.
Pelakon filem Tarung: Unforgiven itu turut menyifatkan rekaannya cukup menarik untuk digayakan bersama pakaian formal mahupun kasual.
“Bagi saya, jam tangan bukan sekadar alat untuk melihat waktu, tetapi juga sebahagian daripada cara saya menampilkan gaya peribadi.
“Apa yang menarik perhatian saya tentang Cerruti 1881 Lucardo ialah rekaannya yang berani serta perincian mekanikal pada muka jam yang begitu teliti.
“Saya sukakan rekaannya yang menonjol tanpa kelihatan keterlaluan, dan saya boleh bayangkan jam tangan ini digayakan dengan pakaian formal mahupun kasual,” katanya.
![]() |
| Barisan selebriti dan pempengaruh turut bergambar bersama Aedy Ashraf pada majlis pelancaran semula kios Cerruti 1881 bertemakan ‘A New Chapter’ di IOI City Mall, Putrajaya | FOTO: Cerruti 1881 |
Diasaskan pada 1967 oleh pereka fesyen Itali, mendiang Nino Cerruti, jenama Cerruti 1881 membina identiti melalui gabungan tradisi jahitan dan pendekatan rekaan yang sentiasa berkembang. Daripada fesyen pakaian kepada aksesori, warisan tersebut terus menjadi asas kepada koleksi yang diperkenalkan.
Kios baharu Cerruti 1881 boleh dikunjungi di Lot LG-K2, Aras Lower Ground, IOI City Mall, Putrajaya. - 7KLIK
ARTIKEL LAIN:
%20-%20(2).jpg)
%20-%20(5).jpg)
%20-%20(4).jpg)
0 Comments