Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Bella, Didi Astillah sedang ‘Bermanja-Manja’


PASANGAN adik-beradik Bella Astillah dan Didi Astillah, yang pernah mencuri perhatian ramai dengan gandingan mereka untuk lagu kanak-kanak dan ikenali sebagai Adik-Adik Mutiara kini kembali bergandingan dengan buah tangan baharu.

Selepas 18 tahun bersama dalam industri nyanyian, ini merupakan kali pertama mereka kembali digandingkan menerusi lagu Bermanja-Manja. Menariknya lagu tersebut juga terpilih sebagai runut bunyi bagi drama di Tonton, Leha Leya Lawa.

Karya berunsurkan Bubble Pop itu merupakan hasil idea daripada Mas Dewangga dan Jova Devito sebagai komposer dan penulis lirik bersama dengan Alternate Records & Talents. Genre tersebut bersesuaian dengan karakter Bella dan Didi Astillah yang ceria serta keunikan nada suara mereka yang sesuai menyampaikan genre muzik seperti ini. |

Bermanja-Manja menceritakan tentang seseorang yang ingin memiliki cinta sejati, tidak mahu ditukar ganti dan tidak inginkan halangan dalam percintaan.

Bella dan Didi Astillah mengakui berbesar hati dan gembira kerana diberi kepercayaan untuk bergandingan menyanyikan lagu tersebut.

"Lagu ini merupakan lagu yang sangat ceria, lirik yang mudah difahami dan sangat santai membuatkan kami berjaya merakamkan lagu ini hanya dalam masa dua jam serta dengan keadaan tenang dan tidak tertekan.

"Proses rakaman juga menjadi mudah kerana hasil kerjasama dengan Mas Dewangga sangat membantu, kerana dia tahu apa yang terbaik untuk kami serta banyak memberikan idea-idea yang secara tidak langsung membangkitkan rasa senang untuk bekerjasama," ujarnya.

Dalam masa sama, Bella juga berharap agar Bermanja-Manja akan diterima baik peminat.

"Kami berharap agar Bermanja-Manja terus mendapat tempat di hati pendengar, sama ada peminat Malaysia mahupun luar negara.

"Semoga lagu ini juga menjadi trending di TikTok. Teruskan mengikuti kami di semua platform media sosial ya," katanya yang mengakui selesa dapat berkoborasi bersama adiknya sendiri.

Sementara itu, Mas Dewangga selaku komposer dan penulis lirik lagu itu berkata, pasangan adik-beradik itu memberi kerjasama yang baik dan kreatif dalam memberi idea sepanjang rakaman berlangsung.

"Dari segi penghayatan saya sangat berpuas hati kerana menepati apa yang ingin disampaikan. Saya berharap agar lagu ini akan hits di semua platform dan akan menjadi lagu wajib dengar.

"Lagu ini amat bersesuaian dengan semua orang dan juga kepada sesiapa yang sedang mengalami masalah dalam  hubungan percintaan yang ada kalanya bergolak dan ada kalanya indah.

"Ia mengenai cinta tidak memandang kepada umur, yang penting setia dan ikhlas dalam perhubungan. Lagu ini juga mengajar kita akan pentingnya menjaga hati pasangan, biar cinta kita sentiasa mekar macam bunga yang di petik dan di jaga dengan baik kerana cinta perlu di baja," jelasnya.

Jangan lepaskan peluang untuk mendengar lagu Bermanja-Manja nyanyian Bella Astillah dan Didi Astillah di platform iTunes atau melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Spotify dan YouTube Music. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN: 

[FOTO: Alternate Records & Talents]

Post a Comment

0 Comments