Momen Tidak Sempurna, Kenangan Paling Bermakna Dalam Filem Deepavali CelcomDigi


MERAKAM foto keluarga ketika musim perayaan sering menjadi antara momen yang mencuit hati. Masing-masing cuba memberikan senyuman terbaik, memastikan semua orang berada di dalam bingkai dan berharap tiada siapa yang terlepas pandang ke arah kamera.

Namun, di sebalik usaha mendapatkan sekeping gambar yang sempurna, sering terselit gelak tawa dan kenangan spontan yang jauh lebih bermakna.

Situasi inilah yang diketengahkan menerusi filem pendek Deepavali terbaharu CelcomDigi berjudul Inaikkum Alaippu atau The Call That Connects.

Sarat dengan elemen kekeluargaan dan humor ringan, filem ini mengangkat pengalaman yang cukup dekat dengan kehidupan masyarakat Malaysia, khususnya ketika seluruh ahli keluarga berkumpul meraikan Festival Cahaya.

Mengikuti kisah sebuah keluarga yang berusaha mendapatkan foto keluarga terbaik sempena Deepavali, perjalanan mereka tidak berjalan semudah yang dirancang.

Pelbagai kejadian tidak dijangka mencetuskan suasana lucu di tengah-tengah kemeriahan sambutan, sekali gus memperlihatkan bahawa kenangan paling berharga tidak semestinya terakam dalam sekeping gambar yang sempurna.

Sebaliknya, detik spontan, gelak tawa dan kebersamaan sepanjang proses tersebut menjadi sebahagian daripada memori yang akan terus dikenang.

Kisah ini turut mengingatkan bahawa keindahan sesebuah perayaan bukan terletak pada segala-galanya berjalan mengikut perancangan, tetapi pada masa yang diluangkan bersama insan tersayang.

Mencipta Kenangan

Mesej kekeluargaan yang diketengahkan turut melangkaui batas jarak dan tempat. Sama ada berkumpul di bawah satu bumbung atau meraikan Deepavali dari lokasi berbeza, hubungan antara ahli keluarga tetap boleh dipelihara menerusi kemudahan komunikasi yang membolehkan mereka terus berkongsi detik istimewa.

Bagi CelcomDigi, Inaikkum Alaippu mencerminkan kepercayaan bahawa di sebalik setiap panggilan, mesej dan penggunaan data, sentiasa ada kisah manusia yang menghubungkan satu sama lain. Daripada berkongsi kegembiraan ketika perayaan hinggalah bertanya khabar insan tersayang, perkara kecil dalam kehidupan seharian sebenarnya memberikan makna kepada sesebuah hubungan.

Pendekatan ini turut selari dengan komitmen CelcomDigi untuk memastikan lebih 20 juta rakyat Malaysia terus berhubung, dengan teknologi dilihat sebagai medium yang membantu mendekatkan insan, bukan sekadar kemudahan untuk berkomunikasi.

Ketua Jenama dan Perkhidmatan Pemasaran CelcomDigi, Chan May Ling, berkata, filem tersebut diinspirasikan daripada pengalaman keluarga yang dekat dengan kehidupan masyarakat Malaysia, khususnya apabila sesuatu tidak berjalan seperti dirancang tetapi akhirnya mencipta kenangan tersendiri.

“Teknologi paling bermakna apabila ia mampu mendekatkan hubungan sesama manusia,” katanya.

Tambahnya, Deepavali menjadi antara waktu penting untuk keluarga berkumpul, meraikan tradisi dan mengeratkan hubungan. Nilai itu turut menjadi sebahagian daripada mesej yang ingin disampaikan CelcomDigi menerusi filem berkenaan, selari dengan komitmen syarikat untuk memastikan rakyat Malaysia terus berhubung dengan insan tersayang.

Menerusi filem pendek ini, CelcomDigi mengajak masyarakat menghargai momen yang mungkin kelihatan tidak sempurna, tetapi sebenarnya menjadikan setiap perayaan lebih istimewa.

Sempena Deepavali, keindahan sambutan bukan hanya terletak pada tradisi dan kemeriahan, sebaliknya pada hubungan kekeluargaan serta kenangan yang tercipta bersama orang tersayang.  - 7KLIK

ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments