Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Dua maut, bas bawa rombongan guru terlibat kemalangan


DUA maut dan 37 lagi cedera dalam kemalangan memababitkan bas persiaran membawa rombongan guru Sekolah Kebangsaan (SK) Jeram, Masjid Tanah, Melaka dengan sebuah treler di Lebuhraya Tun Abdul Razak berhampiran simpang tiga Keratong, Muadzam Shah pada awal pagi Ahad.

Bas dipercayai dalam perjalanan ke Terengganu itu turut dilaporkan terbabas dan terjunam ke bawah cerun di Kilometer (KM)126 Jalan Kuantan-Segamat berdekatan persimpangan Bahau.

Bas yang membawa 39 penumpang termasuk dua pemandu, hilang kawalan dan merempuh sebuah treler sebelum terbalik di jalan raya.

Mangsa iaitu seorang guru, Hasnatul Adilah Hassan, 48, meninggal dunia di tempat kejadian, manakala kelindan bas, Hadi Ashraf Mad Idris, 29, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Muadzam Shah.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintenden Nor Azman Yusof  berkata, pihak polis menerima maklumat mengenai kejadian itu kira-kira jam 12.40 tengah malam.

"Hasil siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila bas yang datang dari arah Seremban menghala ke arah Kuantan tiba di tempat kejadian telah gagal memberhentikan kenderaan lalu merempuh treler yang menghala Segamat.

"Bas terbabit dinaiki 37 penumpang dan dua pemandu menyebabkan dua maut manakala lain-lain mangsa dibawa ke Hospital Muadzam Shah untuk mendapatkan rawatan lanjut," katanya. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments