Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Reman ibu bapa Zayn Rayyan dilanjutkan sehingga Rabu depan


MAHKAMAH Majistret Petaling Jaya membenarkan permohonan reman pihak polis terhadap ibu kepada kanak-kanak austistik yang meninggal dunia akibat dibunuh Damansara Damai, Disember tahun lalu disambung selama enam hari pada Jumaat.

Pasangan suami isteri itu, direman sehingga Rabu depan bagi melengkapkan proses siasatan berkenaan kes tersebut.

Bagaimanapun terdahulu sebelum itu suasana di perkarangan mahkamah kecoh seketika apabila beberapa individu dipercayai ahli keluarga yang hadir memberikan sokongan, turut melaungkan kata-kata semangat, selain memegang kain rentang menuntut keadilan buat Zayn Rayyan dan kedua ibu bapanya.

"Saya dianiaya, ini semua fitnah," ujar bapa Zayn sebelum melangkah masuk ke mahkamah.


Pada 6 Disember tahun lalu, Zayn Rayyan ditemui meninggal dunia di anak sungai berhampiran kawasan Apartmen Idaman, Damansara Damai pada jam 10 malam.

Polis mengesahkan mangsa dibunuh susulan bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher dan tubuh kanak-kanak itu. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments