Harga diesel RM3.35 seliter mulai tengah malam ini


HARGA diesel tanpa subsidi akan dijual pada RM3.35 seliter di seluruh negara bermula jam 12 tengah malam Isnin.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, berkata kerajaan akan mengumumkan harga pasaran diesel setiap minggu mengikut amalan standard oleh kementerian.

Harga diesel yang diumumkan pada 5 Jun lalu adalah RM2.15 seliter.

Amir hamzah berkata, serentak penyasaran subsidi diesel itu juga, seramai 30,000 kumpulan awal pemilik kenderaan diesel persendirian daripada kategori B40 akan menerima RM200 bantuan tunai bulanan menerusi program Budi Madani mulai esok.

"Menerusi penetapan harga dan pelaksanaan subsidi bersasar ini, kerajaan menjangkakan pengurangan serta-merta kerugian daripada aktiviti ketirisan yang boleh membawa kepada penjimatan sebanyak RM4 billion setahun.

"Penjimatan yang diperoleh kerajaan daripada langkah penting ini akan memastikan terdapat lebih banyak sumber untuk disalurkan ke dalam sektor kritikal lain yang secara langsung akan meningkatkan kualiti hidup rakyat, termasuk infrastruktur awam, penjagaan kesihatan dan pendidikan untuk anak-anak kita," katanya sebagaimana dipetik Berita Harian.

Tambahanya lagi, mekanisme penyasaran subsidi diesel dilaksanakan di bawah seliaan Kementerian Perdangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), membabitkan Sistem Kawalan Diesel (SKDS) khusus untuk sektor pengangkutan dan logistik.

SKDS 1.0 adalah untuk pengangkutan awam, bas sekolah, bas henti-henti, bas ekspress, ambulans, bomba dan van jenazah, manakala SKDS 2.0 untuk pengangkutan logistik, terutama bagi barangan keperluan harian. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

Previous Post Next Post