Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Siaran khas musim perayaan di Discovery Channel, TLC, HGTV, AFN, Animal Planet




SEPANJANG November dan Disember ini, pelbagai program menarik disajikan buat penonton di saluran kegemaran ramai meliputi Discovery Channel, TLC, HGTV, AFN dan Animal Planet.

Sertai Robert Downey Jr. dalam Downey's Dream Car ketika membaik pulih kereta klasik yang memukau. Diikuti Zooey Deschanel dalam pengembaraan kuliner menerusi rancangan What Am I Eating? with Zooey Deschanel.

Saksikan juga Lil Jon menerima cabaran unik dalam mengubah rumah menerusi Lil Jon Wants to do What? dan tidka ketinggalan kisah perjalanan menyeronokkan dalam menemui semula resipi Asia tradisional menerusi Vanishing Foods.  Akhir sekali, terokai keajaiban dunia semula jadi dalam Jewels Of The Natural World. 


Downey’s Dream Cars
Tayangan Perdana: 9 November/Khamis, 9 malam
Saluran: Discovery Channel (Astro Ch572 SD/Astro Ch552 HD)

Robert Downey Jr. sangat gemar membaiki kereta klasik, tetapi dia juga bersungguh-sungguh dalam usaha mengelakkan perubahan iklim. Oleh itu, dia mengubahsuai kereta lama yang disayanginya menjadi lebih mesra alam dan menjadikan ia lebih pantas, bertenaga dan semestinya jimat minyak. Namun ia masih mengekalkan sifat asal kereta tersebut.


What Am I Eating? With Zooey Deschanel
Tayangan Perdana: 7 November/Selasa, jam 8.05 malam
Saluran: TLC (Astro Ch707)

Misi Zooey Deschanel menyelesaikan masalah makanan harian dengan mengajukan soalan-soalan penting yang sering kita fikirkan tentang apa yang dimakan. Di pasaraya dan dalam dapur kita sendiri, Zooey merungkai misteri-misteri makanan yang biasa dan mendedahkan kebenaran mengejutkan yang syarikat-syarikat makanan besar mahu sembunyikan sambil membongkar penyelesaian mudah kepada soalan, "Apa yang saya makan?"


Lil Jon Wants To Do What?
Tayangan Perdana: 17 November/Jumaat, 10 malam
Saluran: HGTV (Astro Ch715/Unifi TV511)

Lupakan segala yang anda fikir atau tahu tentang Lil Jon sebagai seorang pemuzik dan produser. Kali ini dia bekerjasama dengan pereka dalaman Anitra Mecadon untuk menggalakkan pemilik rumah keluar dari zon selesa mereka dengan transformasi bilik yang menakjubkan.


Vanishing Foods
Tayangan Perdana: 22 November/Rabu,9 malam
Saluran: AFN (Astro Ch709)

Apabila Asia menjadi lebih moden, masyarakatnya sentiasa mencari cara untuk menjadikan segala-galanya lebih mudah, pantas, dan cekap. Tetapi apakah nasib resipi tradisional yang telah wujud selama berabad lamanya? Walaupun hidangan tradisional ini memerlukan masa dan kesabaran dalam penyediaan, tetapi mereka menggamit kenangan gembira dan mempromosikan pemakanan yang sihat.

Aun Koh, yang terkenal sebagai Chubby Hubby dan seorang blogger makanan terkemuka di Singapura, mencari individu yang mempunyai pengetahuan mengenai resepi-resepi yang semakin pupus ini. Dia mengungkap kisah-kisah di sebalik perubahan budaya makanan kita dan mempelajari cara memasak hidangan-hidangan ini.

Aun Koh menggunakan daya kreativitinya untuk memberikan sentuhan moden kepada hidangan tradisional ini dan memastikan bahawa mereka kekal penting bukan sahaja dalam sejarah, tetapi juga dalam kehidupan kita pada masa kini.


Jewels Of The Natural World
Tayangan Perdana: 20 Disember/Rabu, 8 malam
Saluran: Animal Planet (Astro Ch556)

Nicole Gibbons memiliki kelebihan untuk menemui beberapa haiwan yang paling menarik di planet kita. Dia mempunyai platform yang unik untuk melihat haiwan-haiwan liar ini dengan lebih dekat, sekaligus memerhati haiwan-haiwan ini di habitat semulajadi mereka.  - 7KLIK


ARTIKEL LAIN: 
[FOTO: Indeed Communication]

Post a Comment

0 Comments