Le Méridien Putrajaya Hidupkan Tradisi Mid-Autumn Dengan Koleksi Mooncake 2026


Oleh: SORAYA AFNAN
SAMBUTAN Mid-Autumn bukan sekadar tentang sepotong kuih bulan yang dinikmati bersama keluarga, tetapi sebuah tradisi yang membawa makna lebih mendalam tentang hubungan, penghargaan dan detik berkongsi bersama insan tersayang.


Mengangkat semangat kebersamaan itu, Le Méridien Putrajaya memperkenalkan koleksi Mooncake Mid-Autumn 2026 yang menampilkan gabungan cita rasa klasik dan sentuhan moden, sekali gus meraikan warisan kulinari yang terus dihargai dari generasi ke generasi.

Dihasilkan oleh pasukan kulinari di Le Mei, restoran Chinese signature hotel tersebut yang terkenal dengan sajian Oriental yang sofistikated, setiap mooncake dalam koleksi ini mencerminkan kemahiran tradisi menerusi penggunaan bahan premium serta kombinasi rasa yang seimbang.

Dihidangkan dalam kotak hadiah eksklusif, koleksi ini turut membawa simbol penghargaan dan tanda ingatan buat keluarga, rakan-rakan serta kenalan perniagaan sempena musim perayaan yang penuh bermakna.

Mengambil inspirasi daripada semangat Mid-Autumn, koleksi tahun ini menampilkan enam pilihan perisa yang menggabungkan kegemaran tradisional bersama ciptaan baharu daripada pasukan kulinari Le Mei.

Antara pilihan yang diketengahkan termasuk Egg Yolk with Low Sugar White Lotus dan Red Bean with Tangerine Peel yang mengekalkan cita rasa klasik, selain variasi moden seperti Scarlet Snow Lotus, Toffee Butterscotch dan Green Tea Apricot yang menawarkan pengalaman rasa lebih kontemporari.

Setiap mooncake direka untuk memenuhi selera berbeza, sama ada mereka yang menggemari keaslian resipi tradisional mahupun pencinta perisa baharu yang lebih kreatif.

Koleksi Istimewa Sempena Sedekad Le Méridien Putrajaya

Pengurus Besar Le Méridien Putrajaya, Sonal Malik berkata, sambutan Mid-Autumn sentiasa menjadi masa untuk menghargai hubungan serta mencipta kenangan bermakna bersama tetamu.

Menurutnya, koleksi mooncake tahun ini mencerminkan komitmen hotel dalam meraikan budaya menerusi pengalaman kulinari yang menghubungkan masyarakat.

“Mid-Autumn adalah sambutan yang meraikan hubungan dan penghargaan, nilai yang sentiasa membentuk cara kami menyambut tetamu serta mencipta kenangan bermakna,” ujarnya.

Sambutan tahun ini turut membawa makna tersendiri buat Le Méridien Putrajaya apabila hotel tersebut meraikan ulang tahun ke-10, menjadikan koleksi ini sebagai salah satu usaha untuk mencipta lebih banyak detik yang mendekatkan hubungan antara satu sama lain.

Koleksi Premium Gift Box dan Mini Gift Box Mooncake Mid-Autumn 2026 daripada Le Méridien Putrajaya tampil dengan rekaan elegan, melengkapkan suasana sambutan penuh bermakna.


Koleksi Mooncake Mid-Autumn 2026 hadir menerusi dua pilihan kotak hadiah yang direka dengan kemasan elegan, sesuai sebagai tanda penghargaan buat keluarga, rakan-rakan mahupun kenalan perniagaan.

Pilihan Premium Gift Box menampilkan empat variasi mooncake iaitu Egg Yolk with Low Sugar White Lotus, Scarlet Snow Lotus, Red Bean with Tangerine Peel dan Toffee Butterscotch, manakala Mini Gift Box pula menampilkan gabungan dua pilihan perisa iaitu Egg Yolk with Low Sugar White Lotus dan Green Tea Apricot.

Setiap koleksi mengetengahkan keseimbangan antara cita rasa tradisional dan sentuhan moden, menjadikannya pilihan yang mencerminkan nilai perkongsian serta kemeriahan sambutan Mid-Autumn.

Berikutan perjalanan sedekad dalam meraikan budaya, penerokaan dan seni menikmati kehidupan yang lebih bermakna, Le Méridien Putrajaya meneruskan usaha menghargai detik istimewa yang menyatukan komuniti menerusi koleksi Mooncake Mid-Autumn 2026.

Sama ada dinikmati bersama keluarga atau diberikan sebagai tanda penghargaan kepada insan tersayang, koleksi ini mengajak tetamu meraikan musim perayaan melalui tradisi pemberian hadiah yang penuh nilai sentimental.

Maklumat lanjut mengenai Koleksi Mooncake Mid-Autumn 2026 boleh didapati menerusi laman rasmi Le Méridien Putrajaya. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments