Hot Posts

6/recent/ticker-posts

SITI NURHALIZA, JOHAN TUTUP TIRAI ICSYVMY MUSIM KE- 5


I Can See Your Voice Malaysia, program kegemaran ramai yang mencatatkan sebanyak 2 juta penonton bagi setiap episod tayangan, kini memasuki episod akhir dengan kedatangan penyanyi nombor satu negara dan juga Ratu Pop Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza sebagai artis jemputan.

Dengan pengalaman yang ada selama 27 tahun di dalam industri seni muzik tanah air ini, dapatkah Seri Siti Nurhaliza mengenal pasti helah-helah penyanyi sumbang dan berjayakah beliau dalam mencari penyanyi sebenar untuk berduet di pusingan akhir?

Episod akhir ICSYVMY5 dimeriahkan lagi dengan kedatangan Johan, Wany Hasrita dan Bob Yusuf sebagai penyiasat jemputan di samping penyiasat tetap iaitu Datuk Rosyam Nor, Janna Nick dan Andi Bernadee. Sudah pasti episod kali ini akan membuat penonton ketawa tidak kering gusi dan pecah perut dengan keletah Johan yang sentiasa ada jenaka spontan tidak diduga. Saksikan juga gelagat lucu dan bersahaja sisi Siti Nurhaliza yang jarang dipertontonkan kepada umum.

Adakah dengan kehadiran enam panel penyiasat ini dapat membantu Siti Nurhaliza atau hanya menghuru-harakan keadaan? Jangan terlepas dan pastikan anda berada di depan kaca TV pada hari Ahad, 31 Julai, jam 9 malam di TV3.

ICSYVMY 5 dibawakan oleh Digi sebagai penaja utama, Kinohimitsu dan Nivea sebagai penaja bersama, Hot FM sebagai rakan radio, Oh Bulan, Xtra dan Senang Terhibur sebagai rakan digital.

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan I Can See Your Voice Malaysia 5 yang dihoskan oleh Izzue Islam dan Ain Edruce, pada setiap Ahad, 9 malam di TV3 dan strim secara langsung secara HD di  http://www.tonton.com.my. Gunakan #ICSYVMY untuk merancakkan lagi perbualan di laman media sosial. 


[KREDIT: TV3]
















Post a Comment

0 Comments