Oleh: SORAYA AFNAN
RAMAI antara kita mungkin tak sedar betapa seriusnya krisis tidur yang sedang melanda rakyat Malaysia. Antara tekanan kerja, beban emosi dan gaya hidup serba laju, tidur kini menjadi 'kemewahan' yang makin sukar dimiliki.
Namun di sebalik cabaran itu, pakar kesihatan kini mula menekankan kepentingan ritual kecil sebelum tidur, amalan yang kelihatan ringkas, tapi mampu memulihkan semula keseimbangan tubuh dan minda.
Sebagai langkah proaktif untuk menangani isu ini, Alpro Pharmacy, rangkaian farmasi preskripsi terbesar di Malaysia, berganding bahu dengan PURAS, jenama tempatan yang menerajui kesejahteraan holistik melalui produk bebas bahan kimia berbahaya dan kelas induk berasaskan sains.
Hasil kerjasama ini memperkenalkan DeepSleep Pillow Mist iaitu semburan bantal yang diformulasi secara saintifik untuk membantu rakyat Malaysia berehat, pulih, dan kembali tenang.
Usaha ini merupakan sebahagian daripada Program Kesihatan Mental Alpro, inisiatif nasional yang komited mempromosikan kesihatan mental dan kesejahteraan emosi dalam kalangan masyarakat.
Kajian berskala besar melibatkan lebih 11,000 pekerja dewasa menunjukkan bahawa lebih separuh rakyat Malaysia tidur kurang daripada tujuh jam setiap malam, jauh di bawah kadar disyorkan untuk kesihatan optimum.
Satu lagi kajian turut mendedahkan bahawa hampir 45 peratus (%) rakyat mengalami kualiti tidur yang rendah, dengan purata tidur hanya 5.9 jam setiap malam.
Situasi di kalangan pelajar universiti juga membimbangkan, apabila 70% melaporkan tidur yang tidak mencukupi atau terganggu.
Kekurangan tidur kronik ini dikaitkan dengan tekanan emosi, sistem imun yang lemah, serta penurunan produktiviti, kesan yang akhirnya memberi impak langsung kepada kesejahteraan mental dan fizikal individu.
Menurut Ketua Farmasi dan Pengarah Penglibatan Alpro Pharmacy, Lim En Ni, masalah tidur bukan hanya sekadar rasa letih, sebaliknya memberi kesan menyeluruh terhadap emosi, tumpuan, imuniti dan juga kesihatan jantung.
“Ramai rakyat Malaysia cenderung untuk mencari jalan singkat dengan mengambil suplemen atau ubat, sedangkan amalan tidur yang baik serta persekitaran yang menenangkan mampu membawa perubahan besar,” jelasnya.
Membentuk Ritual Tidur yang Menyokong Keseimbangan Diri
Menyedari kepentingan rutin tidur yang sihat, ahli farmasi Alpro menggalakkan pendekatan berasaskan ritual tidur, iaitu pembentukan isyarat tetap bagi memberi tanda kepada tubuh supaya bersedia untuk berehat secara semula jadi.
Pendekatan ini turut merangkumi aktiviti seperti senaman ringan yang dikendalikan ahli fisioterapi Alpro Physio, serta penggunaan rangsangan deria seperti aroma menenangkan bagi membantu tubuh mencapai ketenangan sebelum tidur.
Melalui kerjasama dengan PURAS, Alpro memperkenalkan DeepSleep Pillow Mist, semburan bantal yang diformulasikan hasil gabungan kepakaran ahli farmasi Alpro dan pakar aromaterapi profesional dari PURAS.
Diperbuat daripada minyak pati tulen dan ekstrak botani semula jadi seperti geranium, patchouli, oren dan frankincense, setiap bahan dipilih kerana fungsinya yang menenangkan, menstabilkan emosi serta meningkatkan mood bagi menyokong tidur yang lebih lena dan berkualiti.
Pillow Mist ini juga lembut dan selamat digunakan oleh semua peringkat umur, daripada golongan dewasa yang sibuk bekerja, pelajar universiti, ibu hamil hinggalah kanak-kanak. Ia menjadikan waktu tidur bukan sekadar rutin harian, tetapi satu ritual penjagaan diri berasaskan sains.
Ia melambangkan sinergi antara sains dan alam semula jadi, gabungan panduan saintifik daripada Alpro dan sentuhan semula jadi daripada PURAS.
Ketua Jenama & Sumber Manusia PURAS, Ee Loy, berkata, kerjasama ini diharap dapat mengubah perspektif masyarakat terhadap kepentingan tidur.
“Melalui kolaborasi ini, kami mahu masyarakat memperlahankan rentak kehidupan dan kembali mengenali diri sendiri, bukan melalui penyelesaian segera, tetapi melalui ritual harian yang menyokong keseimbangan mental dan emosi,” katanya.
Perkhidmatan ini disediakan secara percuma, termasuk untuk ahli PURAS. Inisiatif ini sejajar dengan misi Alpro untuk menyokong kesihatan mental melalui langkah pencegahan dan penjagaan menyeluruh, membantu rakyat Malaysia mengambil langkah kecil berasaskan bukti ke arah kesejahteraan emosi sebelum bergantung pada ubat.
Kerjasama antara Alpro dan PURAS menandakan era baharu dalam kesejahteraan hidup moden, di mana rehat bukan lagi kemewahan, tetapi asas penting bagi kesihatan mental, keseimbangan diri dan ketahanan emosi. - 7KLIK
ARTIKEL LAIN:
0 Comments