NSO Hidupkan Magis 'Orchestra Tales: An Adventure Through Sound and Story' di Pentas UPM


ISTANA Budaya meneruskan kecemerlangan seni muzik klasikal barat dengan membawakan National Symphony Orchestra (NSO) Lambang Sari Series (LSS) bertemakan 'Orchestra Tales: An Adventure Through Sound and Story' ke Panggung Percubaan Universiti Putra Malaysia (UPM).

Persembahan
eksklusif yang akan berlangsung pada 13 November ini diadakan dalam dua sesi iaitu matinee pada jam 5 petang dan sesi Utama pada jam 8.30 malam.

Kerjasama
strategik antara Istana Budaya dan UPM ini menjadi wadah memperkenalkan keindahan muzik klasik barat kepada komuniti universiti, khususnya generasi muda yang mencintai seni dan budaya.

Lebih
istimewa, peluang ini turut membuka ruang kepada 20 pelajar UPM untuk terlibat di belakang tabir, memberi pengalaman langsung dalam pementasan orkestra bertaraf dunia.

Persembahan
berdurasi satu jam ini menghimpunkan seramai 63 orang pemuzik berpengalaman di bawah pimpinan Konduktor Eric Lee yang terkenal dengan keupayaannya menggabungkan disiplin klasik dengan ekspresi moden dalam sebuah persembahan yang dinamik dan bertenaga

Perpaduan
Kisah, Suara & Simfoni

Menerusi
'Orchestra Tales: An Adventure Through Sound and Story' ini, penonton dibawa mengembara ke dunia bunyi dan cerita yang memukau, baik dari karya sinematik, klasik hingga ke lagu-lagu popular yang digubah semula dalam bentuk orkestra.

Antara
karya yang dipersembahkan termasuk:

  • Flying Theme from E.T. (The Extra-Terrestrial) – John Williams
  • Danzón No. 2 – Arturo Márquez
  • Peter and The Wolf (A Musical Tale for Children) Op. 67 – Serge Prokofiev
  • How Far I’ll Go (Moana) – gubahan Yeo Chow Shern, nyanyian Tria Aziz
  • Speechless (Aladdin) – gubahan Yeo Chow Shern, nyanyian Tria Aziz
  • Hakikat Cintagubahan Isaac Chia, nyanyian Dayang Nurfaizah
  • Umpan Jinak Di Air Tenanggubahan Aubrey Suwito, nyanyian Dayang Nurfaizah

LSS kali ini turut menampilkan dua nama besar industri seni tanah air iaitu Tria Aziz dan Dayang Nurfaizah yang menyerikan pentas dengan pesona vokal dan interpretasi penuh jiwa.

Tria
Aziz, penyanyi dan pelakon teater muzikal prolifik yang juga tenaga pengajar di Enfiniti Academy, tampil dalam sesi matinee menerusi lagu Speechless.

Penyanyi
ini juga pernah terlibat dalam lebih 20 produksi teater ternama termasuk DanSing Thru Broadway, Shout! The Mod Musical dan Aladdin: A Musical Comedy.

Pada
sesi malam pula, pentas bakal menyajikan pesona Dayang Nurfaizah, penyanyi bersuara emas yang tidak pernah gagal memukau khalayak.

Dengan
kekuatan vokal balada, R&B dan lagu tradisional yang pernah meraih pelbagai anugerah, Dayang akan membawa dimensi emosi yang mendalam kepada keseluruhan persembahan.

Melalui
karya yang menggabungkan penceritaan, visual muzik dan emosi, 'Orchestra Tales: An Adventure Through Sound and Story' mengajak penonton menyelami keindahan bahasa sejagat, muzik yang berbicara tanpa kata, tetapi difahami oleh hati setiap pendengar.

Untuk
maklumat lanjut, layari laman web rasmi Istana Budaya, www.istanabudaya.gov.my- 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments