Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Selamat dikebumikan, punca kematian Song Yoo-Jung tidak didedahkan



PELAKON dan model Song Yoo Jung dilaporkan meninggal dunia pada Sabtu lalu, selamat dikebumikan di Gangnam, Seoul, hari ini.

Bagaimanapun punca kematiannya tidak didedahkan kepada umum biarpun  ramai yang mendakwa bintang berusia 27 tahun itu memilih untuk mengakhiri hidupnya sendiri.

Sehingga kini, tiada kenyataan rasmi yang dikeluarkan daripada pihak polis mahupun agensi pengurusannya, Sublime Artist Agency.

Aktres yang dikenali dengan sikapnya yang mudah tersenyum itu mula dikenali menerusi drama berjudul Golden Rainbow pada tahun 2013. Diikuti Make Your Wish (2014), School (2017), To My Name dan lain-lain.

Yoo Jung juga pernah membuat penampilan dalam beberapa iklan komersial daripada jenama terkenal, selain tampil dalam muzik video band popular Korea termasuk iKON menerusi lagu Goodbye Road.

Pemergian mengejut aktres jelita itu masih menjadi bualan hangat di kalangan peminatnya sehingga hari ini.

Malah hantaran terakhir Yoo Jung menerusi laman Instagramnya pada 30 Disember lalu dihujani dengan ucapan dan luahan daripada para pengikut yang rata-ratanya dengan bersedih berita itu. - 7KLIK

Post a Comment

0 Comments