Oleh: SORAYA AFNAN
BAGI sesetengah individu, wangian bukan sekadar pelengkap penampilan, tetapi menjadi sebahagian daripada cara mereka mengekspresikan diri.

Satu haruman mampu membawa karakter tersendiri, daripada aura yakin dan elegan sehinggalah kepada sisi lembut, romantik atau bebas yang mencerminkan keperibadian seseorang.

Seiring dengan perubahan gaya hidup moden, pilihan wangian juga semakin dilihat sebagai lanjutan kepada gaya peribadi. Tidak lagi terhad kepada aksesori fesyen, haruman kini memainkan peranan dalam mencipta memori dan melengkapkan momen tertentu dalam kehidupan seharian.

Melihat kepada hubungan antara fesyen dan identiti diri, Carlo Rino meneroka dunia wangian menerusi koleksi Eau de Parfum yang menampilkan enam pilihan haruman dengan karakter berbeza.

Sebelum ini dikenali menerusi koleksi beg tangan dan aksesori, jenama itu kini memperluaskan pengalaman gaya hidup menerusi pilihan wangian yang disesuaikan untuk pelbagai personaliti dan suasana.

Menggunakan kepekatan minyak wangian premium yang lebih tinggi, koleksi Eau de Parfum ini hadir dengan karakter haruman yang lebih menyerlah serta mampu bertahan lebih lama.

Setiap wangian dibangunkan dengan gabungan nota berbeza bagi menghasilkan pengalaman yang tersendiri, daripada segar dan ringan sehinggalah kepada aroma yang lebih sofistikated.

Enam Karakter Haruman Carlo Rino

Setiap wangian dalam koleksi ini membawa cerita dan personaliti tersendiri, memberi pilihan kepada pengguna untuk mencari haruman yang paling dekat dengan karakter mereka.


‘The One’ menampilkan gabungan floral, woody dan musk yang memberikan gambaran seorang wanita yang yakin serta mempunyai daya tarikan tersendiri. Dengan sentuhan elegan dan klasik, wangian ini sesuai buat mereka yang ingin meninggalkan kesan mendalam.

Bagi yang menghargai keunikan diri, ‘It's Me’ hadir dengan karakter floral aquatic yang lebih segar dan ringan. Haruman ini meraikan kebebasan untuk menampilkan pelbagai sisi personaliti tanpa perlu terikat kepada satu gaya sahaja. ‘25°’ pula membawa suasana yang lebih santai menerusi aroma segar yang menggambarkan kehangatan dan semangat menikmati hari-hari sederhana.

Sementara itu, ‘Spring’ diinspirasikan daripada keindahan perubahan musim serta permulaan baharu, menampilkan gabungan floral dan fruity yang memberikan sentuhan lembut serta menyegarkan. ‘Rose’ mengetengahkan pesona klasik bunga mawar menerusi gabungan nota pic, daun hijau dan bunga ros. Kombinasi tersebut menghasilkan haruman yang elegan dengan sentuhan feminin yang tersendiri.

Melengkapkan koleksi ialah ‘In Love’, sebuah wangian dengan gabungan floral, sea breeze dan pear yang membawa nuansa lembut serta romantik, sesuai untuk mereka yang menggemari aroma yang lebih beremosi.

Dengan pilihan karakter yang berbeza, koleksi Eau de Parfum Carlo Rino memberi ruang kepada wanita untuk memilih haruman mengikut suasana, keperibadian dan momen tertentu sama seperti memilih gaya fesyen yang mencerminkan diri mereka.

Koleksi ini turut memperlihatkan bagaimana Carlo Rino berkembang daripada sebuah jenama aksesori kepada jenama gaya hidup yang hadir bersama pengalaman lebih menyeluruh, merangkumi aspek fesyen, haruman serta elemen yang dekat dengan kehidupan seharian.

Koleksi Carlo Rino Eau de Parfum boleh didapati di butik Carlo Rino serta laman web rasmi jenama tersebut. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN: