Cristina Suzanne Kini Bergelar Isteri


TAHNIAH dan selamat pengantin baru buat pelakon cantik, Cristina Suzanne Stockstill yang telahpun selamat bergelar isteri semalam, 31 Mac 2018.

Difahamkan, majlis pernikahan Cris dan suami yang berasal dari Johor Bahru ini berlangsung dalam suasana yang cukup sederhana dan hanya dihadiri keluarga dan rakan terdekat kedua belah pihak.

Berita tersebut dikongsikan heroin filem Kil ini menerusi laman Instagram miliknya degan memuat naik sekeping fotonya dalam persalinan pengantin beserta kapsyen, tarikh 310318. 

Berikutan itu ramai pengikut-pengikutnya mengucapkan tahniah selain doa agar kehidupan baharu Cris  sebagai isteri diberkati dan dipanjangkan jodohnya hingga ke jannah. 

Berita ini juga turut menarik perhatian rakan-rakan artis yang turut sama berkongsi kegembiraan tersebut menerusi pelbagai komen yang diberikan. Cris dilihat sempat membalas beberapa ucapan yang diberikan kepadanya.

Selepas foto tersebut dimuat naik Cris, beberapa keping gambar lain yang menyaksikan momen-momen istimewa Cris di hari bahagianya turut tersebar di media sosial. - 7KLIK






[FOTO: Instagram Cristina Suzanne & Siti Amira] 

Post a Comment

0 Comments