Hot Posts

6/recent/ticker-posts

NAFI BERNIKAH, FATTAH & FAZURA HANYA BERTUNANG


FATTAH Amin dan Nurfazura menunaikan janjinya untuk menemui pihak media pada hari ini menerusi satu majlis Sidang Media Khas untuk menjelaskan segala spekulasi berkaitan status mereka yang bertebaran semenjak dua minggu lalu.

Sebaik sahaja menjejakkan kaki ke tanah air petang tadi, pasangan sensasi ini terus bergegas ke Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur untuk tujuan tersebut.

Majlis Sidang Media ini bermula sedikit lewat  daripada waktu yang ditetapkan kerana penerbangan balik mereka berdua tertunda lebih tiga jam.

Apapun menerusi Sidang Media yang berlangsung sekitar jam 6.30 petang tadi, terjawablah segala spekulasi yang bertebaran dan menjadi bahan bualan hangat peminat serta  netizen tentang pasangan ini,
.
Menurut tuan punya badan, Fattah Amin & Nur Fazura, mereka berdua belum lagi bergelar suami isteri dan tidak ada sebarang majlis pernikahan yang berlaku sebagai mana yang digembar-gemburkan lebih dua minggu lalu.
.
Pun begitu,  pasangan ini mengakui telah mengikat tali pertunangan pada 13 NOVEMBER 2017 lalu di rumah keluarga Fazura yang terletak di Petaling Jaya.

Sementara majlis yang berlangsung pada tarikh 14 NOVEMBER pula hanyalah majlis doa selamat yang diadakan sempena keberangkatan mereka ke Tanah Suci Mekah untuk mengerjakan ibadah umrah bersama keluarga masing2 pada 15 NOVEMBER 2017 dan bukan majlis pernikahan.

Menurut Fattah, majlis pertunangan itu telah lama dirancang dan bukan dibuat secara tergesa-gesa sebagaimana didakwa sesetengah pihak. 

Dalam Sidang Media yang sama juga, Fattah dan Fazura turut memaklumkan tentang hasrat mereka untuk bernikah dalam masa yang terdekat ini,  sementara majlis resepsi pula dirancang untuk diadakan pada tahun depan.

Bagaimanapun, kata pasangan ini lagi, majlis pernikahan itu nanti akan diadakan secara tertutup bagi menghormati permintaan keluarga yag mahukan ia hanya dirai di kalangan keluarga.

Hanya majlis resespi sahaja yang akan diraikan bersama pihak media, peminat dan kenalan lainya di mana ia akan diadakan sebanyak dua kali.

Jadi, marilah kita doakan yang baik-baik sahaja buat mereka berdua. Semoga dipermudahkan jodoh dan urusan ijabkabul kelak... Aminnnnnnnnn..

Post a Comment

0 Comments