HOLLYWOOD baru sahaja menyaksikan satu lagi momen penuh cinta apabila penyanyi dalam pelakon terkenal, Selena Gomez sah bergelar isteri kepada penerbit muzik, Benny Blanco.
Pasangan ini diraikan dalam sebuah majlis tertutup yang berlangsung di Santa Barbara, California pada Sabtu (waktu tempatan), dikelilingi keluarga serta rakan-rakan terdekat.
Selena, 33, berkongsi detik bahagianya itu melalui Instagram dengan hantaran foto dan video yang membuatkan peminat seluruh dunia teruja.
Ringkas sahaja kapsyennya: “9.27.25”, namun cukup untuk menggegarkan media sosial.
Penyanyi lagu Love You Like A Love Song itu tampil memukau dalam gaun putih eksklusif rekaan Ralph Lauren, sementara Benny, 37, kelihatan segak dengan tuksedo hitam klasik lengkap bersama bowtie.
Sekitar 170 tetamu hadir meraikan pasangan ini, termasuk nama-nama besar Hollywood seperti Taylor Swift, Ed Sheeran, Steve Martin, Martin Short dan Paris Hilton.
Dari Studio ke Pelamin
Kisah cinta mereka bukan sesuatu yang berlaku sekelip mata. Selena dan Benny mula mengenali satu sama lain sejak tahun 2015 ketika bekerjasama dalam lagu Same Old Love.
Benny dan Selena disatukan dalam sebuah majlis tertutup yang hanya dihadiri keluarga dan rakan terdekat. |
Selepas bertahun-tahun dalam industri sama, hubungan mereka mula berkembang lebih serius pada Jun 2023. Hanya setahun kemudian, pada Disember 2024, mereka mengikat tali pertunangan dan kini, pasangan ini akhirnya sah bergelar suami isteri.
Majlis perkahwinan yang sederhana namun elegan ini menjadi bukti perjalanan panjang mereka, daripada rakan kolaborasi muzik kepada pasangan hidup.
Peminat pula pastinya tidak sabar untuk melihat bagaimana kisah cinta yang manis ini akan terus mewarnai fasa baharu kehidupan Selena dan Benny. - 7KLIK
ARTIKEL LAIN:
0 Comments