PELAKON Neera Azizi sah bergelar isteri apabila selamat disatukan ngan dengan jejaka pilihannya, Muhammad Hafizi Mohd Noor, 26, dalam majlis pernikahan yang berlangsung pada pagi Jumaat.Majlis ijab dan kabul yang berlangsung di Subang Jaya itu menyaksikan pasangan berkenaan dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Azizi Mohamad dengan sekali lafaz.
Momen penuh bermakna itu turut diraikan 200 tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga serta kenalan rapat kedua-dua mempelai.
Neera atau penuhnya Nurazneera Azizi, 27, menerima mas kahwin berupa seutas gelang emas dan wang hantaran RM20,000, beserta lima dulang hantaran dibalas tujuh.
Pelakon drama
Bukan Cinta Sempurna itu meluahkan rasa syukur majlis penikahan yang dirancang berjalan lancar dan penuh harmoni.
"Syukur semuanya berjalan lancar. Sekarang adalah fasa baharu dalam hidup saya," katanya sebagaimana dilaporkan media.
Terdahulu, Neera dan Hafizi mengikat tali pertunangan pada Oktober tahun lalu selepas setahun berkenalan.
- 7KLIKARTIKEL LAIN:
0 Comments