Hot Posts

6/recent/ticker-posts

ONCEs Take Over KL! Carian Agoda Melonjak Sempena Konsert Twice


Oleh: AILEEN ADAM

KUALA Lumpur sedang bersiap sedia untuk dibanjiri lautan ONCEs apabila Twice kembali dengan konsert jelajah dunia, This Is For  yang bakal berlangsung di 
Stadium Hoki Nasional, pada 25 Oktober depan.

Kehadiran kumpulan K-pop ternama yang dianggotai oleh sembilan gadis cantik iaitu Nayeon, Jeongyeon, Momo, Sana, Jihyo, Mina, Dahyun, Chaeyoung, dan Tzuyu ini jelas sekali mencetuskan gelombang keterujaan, bukan sahaja dalam kalangan peminat, tetapi juga dalam sektor pelancongan dan gaya hidup.

Menurut data daripada Agoda, platform pelancongan terkemuka itu merekodkan lonjakan carian penginapan sebanyak 53 peritus (%) di Kuala Lumpur selepas tiket konsert mula dijual baru-baru ini, berbanding dua minggu sebelumnya.

Angka ini bukan sahaja menandakan keterujaan luar biasa, malah membuktikan bagaimana satu acara hiburan mampu memberi impak besar kepada destinasi.


Lebih menarik lagi, minat untuk ke konsert ini tidak hanya datang dari Malaysia. Carian daripada pasaran serantau juga menunjukkan peningkatan ketara, dengan peminat dari Singapura melonjak sebanyak 40%, manakala Thailand mencatatkan peningkatan 38%.

Fenomena ini juga mengisyaratkan betapa besar potensi entertainment tourism di Malaysia di mana muzik dan hiburan jadi tarikan utama untuk pelancong merancang percutian mereka.

Lebih daripada dua kali ganda peningkatan carian ini jelas menggambarkan bagaimana sebuah konsert mampu memberi impak besar terhadap pelancongan.

Ia seiring dengan inisiatif kerajaan melalui Concert and Event in Malaysia Incentive (CEMI) yang bertujuan menarik lebih banyak acara hiburan bertaraf antarabangsa, di samping menggalakkan pertukaran budaya dan merancakkan sektor pelancongan serta hospitaliti negara.

Bagi ONCEs, konsert ini pastinya lebih daripada sekadar persembahan, ia adalah peluang untuk berkumpul, meraikan muzik yang mereka cintai, dan mencipta memori di tengah ibu kota yang penuh dengan denyut kehidupan.

Bagi Kuala Lumpur, kehadiran Twice bukan sahaja menghangatkan pentas hiburan dan medan muzik tetapi juga nadi baharu yang menghidupkan industri pelancongan Malaysia. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments