RASA ingin memperlahankan rentak dan lari sekejap daripada hiruk-pikuk kota? Daripada habiskan hujung minggu di rumah dan skrol sosial media tanpa henti, apa kata tukarkan masa skrin dengan alam semula jadi.
Malaysia adalah salah sebuah daripada 12 negara megadiversiti di dunia, yang menjadi habitat kepada lebih 170,000 spesies flora dan fauna. Kaya dengan landskap dan ekosistem unik, negara kita memang syurga buat pencinta alam.
Daripada taman buaya di Melaka hingga sungai berkelip di Sabah, berikut lima destinasi alam semula jadi yang bukan sahaja memukau, tetapi juga mudah diakses.
Melalui platform seperti redBus, tiket bas dan tiket tarikan boleh ditempah dengan hujung jari. Jadi, ikat tali kasut, sembur repellent, dan mulakan pengembaraan anda!
1. Taman Buaya & Rekreasi Melaka
Melaka mungkin terkenal dengan status Tapak Warisan Dunia UNESCO, sejarah pelabuhan, dan syurga makanan, tetapi kalau datang dengan anak-anak, cuba lari sebentar daripada laluan biasa.
Sejak 1987, Taman Buaya & Rekreasi Melaka menjadi rumah kepada puluhan reptilia, termasuk buaya pelbagai spesies.
Di samping itu, ada juga ular, kura-kura, burung, dan mamalia, dengan tarikan mesra keluarga seperti zoo haiwan peliharaan, sangkar burung terbuka, replika mini mercu tanda negara dan taman permainan air yang pasti jadi kegemaran si kecil.
Dari Kuala Lumpur, hanya 90 minit menaiki bas dan anda sudah boleh sampai dengan senang, cepat, tanpa
stress.2. Gua Tempurung, Gopeng, Perak
Salah satu gua batu kapur terbesar di Semenanjung, Gua Tempurung berusia kira-kira 400 juta tahun. Dengan laluan sepanjang 4km, pengunjung akan terpesona dengan ruang gua yang luas, stalaktit, batu alir dan sungai bawah tanah.
Sama ada anda mahu sekadar berjalan santai atau mencuba cabaran 'basah habis', lawatan berpandu di sini memang berbaloi untuk pengalaman bawah tanah yang mengagumkan.
3. Pelayaran Sungai Klias, Beaufort, Sabah
Bayangkan suasana senja di Beaufort, menaiki bot menyusuri Sungai Klias yang dikelilingi bakau. Dari monyet proboscis yang sukar ditemui hinggalah kelip-kelip yang berkelipan bak lampu dongeng, pemandangan ini ibarat dokumentari alam semula jadi yang berlaku depan mata.
Suasananya tenang, jauh dari kota, sesuai untuk pasangan, keluarga, atau sesiapa sahaja yang nak cari magis dalam kesederhanaan.
4. Jalan Kaki Hutan Hujan Langkawi
Langkawi bukan sekadar pantai dan kedai bebas cukai. Dengan panduan pakar alam semula jadi, aktiviti jungle trekking di hutan tanah pamah akan membuka sisi lain pulau ini.
Anda boleh belajar tentang herba perubatan, mendengar kicauan burung yang unik, dan mengagumi pokok-pokok raksasa yang menjulang. Lebih menarik, perjalanan ke Langkawi mudah dengan feri dari Kuala Kedah atau Kuala Perlis.
5. Zoo Negara
Siapa sangka, salah satu pengalaman alam juga boleh bermula di tengah bandar. Dengan lebih 4,000 haiwan daripada 305 spesies, Zoo Negara kekal jadi destinasi wajib keluarga.
Susun atur berkonsep terbuka menjadikan ia lebih santai, dengan tarikan daripada sangkar burung hingga ke pusat mawas.
Dunia Kanak-Kanak pula memastikan si kecil tak bosan. Ia bukan sekadar zoo, tapi ruang untuk mendekati hidupan liar dengan cara mesra pengunjung.
Dari buaya di Melaka, gua di Perak, kelip-kelip di Sabah hingga ke hutan hujan di Langkawi, ini hanyalah sebahagian kecil daripada kekayaan biodiversiti Malaysia.
Setiap destinasi menawarkan peluang untuk reconnect dengan alam dan menghargai khazanah semula jadi negara.
Jika merancang perjalanan terasa rumit, platform seperti redBus memudahkan segalanya. Daripada menempah tiket bas atau feri hingga mendapatkan tiket tarikan lebih awal.
Jadi, tak ada alasan lagi untuk tak keluar dan nikmati keindahan yang menjadikan Malaysia salah satu negara paling kaya biodiversiti di dunia.
- 7KLIKARTIKEL LAIN:
0 Comments