PELAKON Shasha Abedul sah bergelar isteri kepada jejaka pilihan hatinya, Adam Ghazali dalam satu majlis akad nikah yang berlangsung pagi Sabtu.Berita gembira itu dikongsikan oleh rakan selebriti, Daiyan Trisha menerusi sebuah video di Instagram yang memperlihatkan Shasha anggun mengenakan persalinan pengantin berona putih, sedondon dengan pasangannya.
"Berbahagialah Shasha dan Adam. Aku akan bersamamu selalu sampai akhir hayatku," tulis Daiyan pada kapsyen video tersebut.
Difahamkan majlis pernikahan Shasha, 29, dan Adam berlangsung di sebuah lokasi di Kelana Jaya dan hanya dihadiri oleh ahli keluarga serta kenalan rapat kedua-dua pihak.
Meskipun perkongsian tersebut bukan dimuat naik oleh Shasha sendiri, para peminat tetap menzahirkan rasa gembira dan tidak ketinggalan mengucapkan tahniah serta mendoakan kebahagiaan pasangan itu hingga ke Jannah.
Terdahulu, Shasha dan Adam mengikat tali pertunangan pada Januari lalu, namun memilih untuk merahsiakan identiti jejaka yag berjaya mencuri hatinya itu yang kini sah bergelar suami.
- 7KLIKARTIKEL LAIN:
0 Comments