KEMPEN ‘Gandakan Kebaikan’ anjuran Tropicana Twister berakhir dengan penuh makna apabila majlis penyerahan sumbangan berjaya diraikan bersama masyarakat.
Ia bukan sekadar sebuah kempen biasa, sebaliknya mencipta impak besar dengan pengagihan pek bantuan bernilai RM200,000 kepada 5,000 keluarga kurang berkemampuan di seluruh negara.
Lebih manis lagi, kempen ini turut mencatat sejarah baharu apabila diiktiraf oleh Malaysia Book of Records bagi kategori Jumlah Catatan Jurnal Tertinggi Dikumpulkan Menerusi Kempen Digital.
Berinspirasikan semangat Ramadan dan Raya yang penuh dengan nilai keprihatinan, Tropicana Twister mengajak rakyat Malaysia untuk menghargai tindakan kecil yang mampu membawa kesan besar.
Sama ada berkongsi makanan atau sekadar minuman, setiap catatan kebaikan yang dimuatkan dalam jurnal digital dipadankan dengan sumbangan sebenar daripada Tropicana Twister membuktikan bahawa kebaikan apabila dikongsi, akan terus berganda.
Nilai Kebaikan yang Berganda
Pengarah Kanan bagi Francais PepsiCo, Aditya Sheoran, menjelaskan bahawa idea kempen ini lahir daripada keinginan untuk memudahkan masyarakat berkongsi kebaikan dalam bentuk paling ringkas namun bermakna.
“Kami faham tidak semua orang mempunyai masa atau berkemampuan untuk menyumbang secara peribadi. Sebab itu kami mengambil langkah ini di mana setiap catatan kebaikan yang dikongsi menjadi pencetus kepada bantuan sebenar untuk mereka yang memerlukan.
“Begitulah tercetusnya kempen ‘Gandakan Kebaikan’, sebuah gerakan yang lahir daripada kepercayaan bahawa kebaikan, apabila dikongsi, akan terus berganda,” jelasnya.
Dengan kerjasama The Lost Food Project dan Kechara Soup Kitchen, sebanyak 50,000 sajian makanan berjaya diagihkan kepada 5,000 keluarga berpendapatan rendah di seluruh negara.
Bagi keluarga yang berdepan cabaran menyediakan makanan seharian, inisiatif ini sedikit sebanyak meringankan beban sambil menyalakan kembali harapan.
Kemuncak kempen ini lebih bermakna apabila ia mendapat pengiktirafan rasmi daripada Malaysia Book of Records.
Bagi Tropicana Twister, kejayaan itu adalah simbol kekuatan kerjasama masyarakat dan bukti keberkesanan pendekatan digital yang inovatif.
Pengarah Pemasaran PepsiCo, Jennifer Lee, berkata, pengiktirafan yang diterima itu adalah satu penghormatan besar buat mereka.
“Selain daripada penghormatan besar ini, kami juga terharu kerana dapat membantu keluarga kurang bernasib baik dan menceriakan hari mereka. Ia mencerminkan semangat rakyat Malaysia yang prihatin dan komited untuk membawa perubahan positif.
“Kempen ini tidak akan berjaya tanpa sokongan NGO tempatan, rakan peruncit, serta rakyat sendiri. Kita telah membuktikan bahawa setiap amal kebaikan, walaupun kecil, mampu memberikan impak besar dalam kehidupan,” katanya.
Bagi Tropicana Twister, inisiatif ini sekali lagi membuktikan bahawa jenama bukan sekadar hadir untuk menyegarkan hari-hari pengguna, tetapi juga mampu memimpin dengan tujuan, menyemai nilai murni, dan mencetuskan perubahan positif. - 7KLIK
ARTIKEL LAIN:
0 Comments