Hot Posts

6/recent/ticker-posts

'Bersama Satu Bazaar' MR D.I.Y. - Bazaar Paling Happening Sempena Merdeka


SAMBUTAN Hari Merdeka tahun ini jadi lebih meriah dengan kembalinya acara 'Bersama Satu Bazaar' anjuran Kumpulan MR D.I.Y.

Empat hari penuh warna ini berlangsung di Tempat Letak Kereta Terbuka Sunway Pyramid dari 29 Ogos hingga 1 September 2025, bersempena ulang tahun ke-68 kemerdekaan negara.

Lebih 100 gerai menanti pengunjung, merangkumi vendor makanan hingga gaya hidup yang paling ‘viral’ di Malaysia, selain kehadiran jenama di bawah Kumpulan MR D.I.Y. sendiri seperti MR. D.I.Y., MR. TOY dan MR. DOLLAR.

Bayangkan suasana bazaar dengan aroma nasi lemak, laksa, roti canai, burger, aneka mi, pencuci mulut dan minuman segar yang semuanya dalam satu lokasi. Tidak ketinggalan, jenama popular seperti ZUS Coffee, Tealive dan Oriental Kopi turut hadir memeriahkan deretan gerai.

'Bersama Satu Bazaar' bukan sekadar tempat untuk makan dan membeli-belah. Pengunjung boleh menikmati pengalaman interaktif dengan pelbagai aktiviti menarik.

Daripada bengkel kreatif, persembahan budaya dan kontemporari, taman permainan belon gergasi, bubble dome hingga zoo mini untuk hiburan seisi keluarga.

Hari pertama sahaja sudah menyaksikan orang ramai membanjiri kawasan bazaar sejak awal pagi. Ada yang datang sekeluarga lengkap dengan anak kecil, ada juga geng kawan-kawan yang menjadikan acara ini sebagai port lepak hujung minggu.

Riuh rendah suara kanak-kanak bermain di taman belon bercampur dengan aroma makanan jalanan yang menyelerakan membuatkan suasana terasa hidup.

Selain aktiviti interaktif, jualan di gerai-gerai juga mencuri perhatian. Ada yang menawarkan aksesori handmade unik, baju raya moden dengan sentuhan kontemporari, produk kraf tempatan, malah booth kosmetik yang dipenuhi dengan pengunjung cuba produk baharu.

Vendor makanan pula tak putus-putus menerima tempahan, daripada minuman trendy hinggalah ke kuih tradisional yang jarang ditemui.

Hadiah Menarik

Ramai pengunjung berkongsi di media sosial, menjadikan acara ini cepat tular dan menambahkan lagi keterujaan orang ramai untuk datang.

Naib Presiden Pemasaran Kumpulan MR D.I.Y., Alex Goh, berkata acara sulung tahun lalu mendapat sambutan luar biasa daripada rakyat Malaysia.

“Tahun ini, kami bawakan kembali bazaar ini di lokasi baharu supaya lebih ramai boleh menyertainya. Ia menjadi platform yang bukan sahaja menyatukan rakyat dalam meraikan Hari Merdeka, tetapi juga menyokong usahawan dan penggiat seni tempatan.

"Sebagai jenama kelahiran Malaysia, MR D.I.Y. mahu lebih daripada sekadar menawarkan harga berpatutan. Kami mahu mencipta pengalaman bermakna yang boleh dinikmati bersama,” jelasnya.



Untuk memeriahkan lagi suasana, pengunjung yang menyertai Cabaran Pasport Bazaar bakal menerima beg tote percuma setiap hari, selain peluang memenangi hadiah cabutan bertuah bernilai sehingga RM8,000.

Bersempena Hari Merdeka, MR D.I.Y. turut mengadakan promosi khas dengan 98 produk terpilih ditawarkan pada harga istimewa di semua cawangan seluruh negara.

Empat hari, ratusan gerai, pelbagai aktiviti, semuanya bergabung menjadikan 'Bersama Satu Bazaar' satu destinasi wajib untuk hujung minggu Merdeka kali ini.

Jika anda mencari suasana penuh warna, makanan lazat dan pengalaman yang menyatukan semangat rakyat Malaysia, inilah tempatnya. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments