FROZEN: The Hit Broadway Musical bukan sekadar adaptasi, tapi satu pengalaman visual dan emosi yang luar biasa.
Dirakam secara langsung dari pentas ikonik Theatre Royal Drury Lane di West End, London, versi pentas ini menampilkan pelakon hebat seperti Samantha Barks, Laura Dawkes serta barisan asal produksi London yang menghidupkan semula kisah adik-beradik ikonik ini dalam dimensi yang benar-benar baharu.
Frozen: The Hit Broadway Musical mengisahkan tentang kuasa tersembunyi Ratu Elsa telah menyebabkan seluruh Arendelle dilanda musim sejuk yang tidak berpenghujung. Adiknya, Anna, memulakan pengembaraan untuk mencari Elsa dan menyelamatkan kerajaan mereka.
Di tengah ribut yang kian menggila, kedua-dua adik-beradik ini akhirnya belajar bahawa hanya kasih sayang yang tulus mampu mencairkan hati yang telah membeku.
Inilah kisah yang anda kenali dan cintai tapi kali ini, dipersembahkan dengan cara yang belum pernah disaksikan sebelum ini.
Muzik memikat
Selain lagu-lagu kegemaran ramai seperti Let It Go, For the First Time in Forever dan Do You Want to Build a Snowman?, produksi ini turut mempersembahkan 12 lagu baharu ciptaan duo pemenang Oscar®, Kristen Anderson-Lopez dan Robert Lopez, yang ditulis khas untuk versi pentas.
Ini bukan sekadar versi lain daripada filem, tapi ia adalah sebuah pengalaman muzikal yang benar-benar segar dan memukau.
Naskhah muzikal ini ditulis oleh Jennifer Lee, pengarah dan penulis asal filem Frozen, menjadikan adaptasi ini bukan sahaja sah dari segi naratif, tetapi juga tulen daripada hati penciptanya sendiri
Setiap babak bukan hanya mengekalkan semangat filem asal, malah memberi nafas baharu yang menyentuh hati generasi peminat lama mahupun baharu.
Muzikal ini diterajui oleh Samantha Barks sebagai Elsa dan Laura Dawkes (Anna), Craig Gallivan (Olaf), Jammy Kasongo (Kristoff), dan Oliver Ormson (Hans). Watak Sven dibawakan oleh Ashley Birchall dan Mikayla Jade, manakala Martha Bailey Vine dan Elizabeth Lyons memegang peranan sebagai Anna dan Elsa semasa kecil.
Turut serta ialah Ben Irish, Lizzy-Rose Esin-Kelly, Jak Skelly, Jacqui Sanchez, Ashley J Daniels, Richard Frame dan lain-lain.
Ikonik
Sejak debut di pawagam, Frozen dan Frozen 2 telah mengaut lebih $2.6 bilion secara global, menjadikannya antara filem animasi dengan kutipan tertinggi sepanjang zaman.
Dengan karakter ikonik seperti Elsa, Anna, Olaf, Kristoff dan Sven, serta runut bunyi yang menembusi budaya pop global, Frozen kekal sebagai antara francais Disney yang paling disayangi.
Kini, dunia Frozen terus berkembang melalui pelbagai kandungan seperti dokumentari Into the Unknown: Making Frozen 2, filem pendek Once Upon a Snowman, dan versi sing-along untuk seisi keluarga.
Disney+ Hotstar kekal sebagai destinasi utama untuk semua perkara berkaitan Frozen dan kini, peminat boleh menyelami kisah ini dalam bentuk yang lebih muzikal, lebih teaterikal, dan lebih mempesonakan daripada sebelumnya.
Frozen: The Hit Broadway Musical bukan sekadar persembahan pentas, ia adalah sambungan jiwa kepada kisah yang telah menyentuh berjuta hati di seluruh dunia. Dengan keindahan visual, muzik baharu dan klasik, serta emosi yang dipersembahkan secara langsung dari pentas Broadway, versi ini wajib ditonton oleh semua peminat Frozen, lama atau baharu.
Strim sekarang secara eksklusif di Disney+ Hotstar dan alami sendiri keajaiban yang tiada tandingan. - 7KLIK
ARTIKEL LAIN:
0 Comments