Hot Posts

6/recent/ticker-posts

HoYo FEST 2025: Acara fandom HoYoverse terbesar Asia Tenggara kembali Julai ini


PEMINAT Genshin Impact, Honkai Impact 3, Honkai: Star Rail dan Zenless Zone Zero , tiba masa untuk berkumpul kembali.

Acara tahunan yang paling dinanti-nantikan komuniti HoYoverse, HoYo FEST, bakal kembali pada 24 hingga 27 Julai 2025 di enam negara serantau, termasuk Malaysia, Indonesia, Singapura, Thailand, Filipina dan Vietnam.

Kini memasuki tahun kelima, HoYo FEST bukan sekadar festival biasa tetapi merupakan acara fandom berskala besar yang terus berkembang saban tahun.

Untuk edisi kali ini, sambutan akan diadakan di pusat pameran utama di setiap negara terlibat, membawa pengalaman lebih besar dan immersive kepada peminat setia.

Sepanjang empat hari, pengunjung boleh menikmati pelbagai aktiviti bertemakan dunia HoYoverse, termasuk booth khas yang dihias mengikut estetika permainan kegemaran mereka.

Sama ada anda pengembara setia di Teyvat, penjelajah galaksi di Star Rail atau peminat dunia urban Zenless, HoYo FEST menjanjikan satu pengalaman yang tak mudah dilupakan.

Lebih menarik, pengunjung juga berpeluang membawa pulang barangan eksklusif daripada keempat-empat francais game terkemuka ini.

HoYo FEST turut menawarkan pelbagai cenderamata percuma, merchandise edisi terhad, jualan rasmi barangan HoYoverse, serta peluang menyertai cabutan bertuah. Bagi yang gemar mengumpul koleksi fandom, ini adalah peluang keemasan yang tak patut dilepaskan.

Salah satu tarikan utama HoYo FEST tahun ini adalah kemunculan Artist Alley di semua lokasi, sebuah ruang khas yang menampilkan hasil karya seni daripada pencipta dan artis tempatan.

Artist Alley sebelum ini hanya diperkenalkan di HoYo FEST Indonesia dan Vietnam pada 2024, tetapi sambutan luar biasa membolehkan ia diperluas ke seluruh Asia Tenggara tahun ini.

Artist Alley lazimnya menjadi tarikan dalam konvensyen Anime, Comic & Gaming (ACG), dan kini buat julung kali, syarikat gergasi seperti HoYoverse sendiri membuka ruang untuk para artis menjual barangan fan-made secara rasmi di acara mereka.

Dari cetakan fanart hinggalah keychain dan handmade merch, peminat kini boleh menyokong artis kegemaran mereka secara langsung.

Aktiviti menarik

Selain itu, HoYo FEST 2025 juga memperkenalkan segmen pentas baharu, yang memberi ruang kepada cosplayer, pemuzik dan penghibur kreatif untuk mempersembahkan bakat masing-masing di depan khalayak.

Ini adalah sebahagian daripada komitmen HoYoverse dalam meraikan komuniti kreatif yang menyumbang kepada ekosistem fandom secara global.

Senarai penuh artis, penghibur dan pencipta kandungan yang terlibat akan diumumkan pada penghujung Jun.

Bagi yang berminat untuk hadir, tiket akan mula dijual pada 24 Jun 2025 menerusi laman rasmi HoYo FEST di https://hoyo.link/wqjjLntrY .

Peminat boleh memilih antara tiket harian, pas pelbagai hari, atau Fast Pass yang hadir dengan kelebihan masuk awal, akses istimewa ke booth, serta barangan eksklusif tambahan.

Secara keseluruhan, HoYo FEST 2025 adalah lebih daripada sekadar festival permainan tetai ia adalah perayaan komuniti, kreativiti dan kecintaan terhadap dunia HoYoverse yang unik.

Sama ada anda pemain kasual atau peminat hardcore, acara ini adalah ruang untuk bersatu, berkongsi minat dan mencipta memori fandom yang luar biasa. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments