Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Pilih Anatasha Diana, Mas Khan kini bergelar suami

PELAKON Mas Khan menamatkan zaman bujang apabila selamat bergelar suami kepada wanita pilihan hatinya, Anatasha Diana, yang juga seorang pramugari, dalam satu majlis pernikahan tertutup di Gombak, Selangor, pada pagi Ahad.

Pasangan sama cantik sama padan itu dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Abdul Aziz Abd Mutalib dengan hanya sekali lafaz.

Upacara ijab dan Kabul itu diadakan secara tertutup dan hanya disaksikan oleh keluarga dan rakan terdekat.

Majlis ijab kabul yang berlangsung dalam suasana penuh harmoni itu hanya dihadiri ahli keluarga terdekat dan rakan rapat kedua-dua mempelai.

Mas Khan atau nama penuhnya Mas Hidzhie Khan Mas Fadzillah Khan, 31, menyerahkan mas kahwin sebanyak RM1,497 bersama wang hantaran bernilai RM20,000 dan seutas gelang emas kepada pengantin perempuan.


Penampilan pasangan mempelai dalam persalinan pengantin rona merah jambu mencuri perhatian para tetamu, menyerlahkan aura elegan dan romantik pada hari bahagia mereka.

Difahamkan majlis resepsi pasangan ini turut diadakan pada sebelah petang di lokasi yang sama, manakala majlis resepsi pihak lelaki dijadualkan berlangsung pada 14 Jun depan di Genting Highlands, Pahang. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

إرسال تعليق

0 تعليقات