Oleh: SORAYA AFNAN
PELAKON dari China, Zhao Yingzi, telah diusir dari Festival Filem Cannes ke-78 selepas tampil di karpet merah dengan pakaian separa lutsinar berwarna perak yang menampakkan sebahagian besar bentuk tubuhnya.
Penampilan mencolok mata ini dianggap melanggar peraturan rasmi berkaitan etika berpakaian yang telah ditetapkan oleh penganjur festival yang berlangsung di Perancis dari 13 hingga 24 Mei ini.
Pihak penganjur secara tegas meminta Yingzi untuk meninggalkan acara tersebut tanpa kompromi. Ini adalah sebahagian daripada peraturan baharu yang diperkenalkan buat pertama kalinya dalam sejarah festival tersebut, yang melarang pakaian yang terlalu mencolok atau busana yang meleret di karpet merah dan kawasan acara.
“Penampilan yang menonjolkan seluruh tubuh tidak dibenarkan di karpet merah. Penganjur berhak menolak kemasukan sesiapa sahaja yang tidak mematuhi peraturan,” jelas jurucakap penganjur.
Peraturan baharu ini menerima pelbagai reaksi daripada tetamu dan peminat, namun sebahagian besar pengunjung festival menghormati dan mematuhi arahan tersebut dengan memilih pakaian yang sopan dan sesuai. 7KLIK
ARTIKEL LAIN:
0 تعليقات