Cinta Sufian dan Rania akhirnya bersatu. |
AKHIRNYA ikatan cinta pasangan sejoli, Sufian Suhaimi dan gadis pilihannya, Rania Al Sadat terpatri kukuh pada satu majlis ijab dan kabul yang berlangsung di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada 9.30 pagi Jumaat.
Hanya dengan sekali lafaz, Sufian, 33, selamat bergelar suami kepada Rania, 24, dengan disaksikan oleh keluarga dan rakan terdekat kedua-dua belah pihak.
Pasangan sama cantik sama padan ini dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan, Syaraff Al Sadat dalam suasana yang cukup harmoni.
Penyanyi yang popular dengan lagu Di Matamu itu menyerahkan mas kahwin berupa satu dinar, sebentuk cincin dan seutas gelang buat pengantin perempuan. Pengantin perempuan juga menerima tiga dulang hantaran berbalas lima.
Mengulas tentang majlis resepsi, Sufian, berkata, ia akan diadakan secara sederhana dan tertutup dalam kalangan ahli keluarga terdekat di ibu kota.
Sempena hari bahagia mereka, penyanyi itu turut melancarkan sebuah lagu istimewa berjudul Saksi, hasil ciptaan Sirkhan, Namjan dan Rinkarnaen yang menceritakan tentang kisah cinta mereka. Muzik video eksklusif yang boleh ditonton di saluran YouTube rasmi Sufian pada jam 2 petang hari ini turut menampilkan Rania.
Pasangan ini mula berkenalan sejak tahun 2022 dan telah mengikat tali pertunangan pada awal Februari 2025. Namun hubungan mereka diuji apabila April tahun lalu, penyanyi itu memberitahu cincin risik yang diberikan sudah dipulangkan. Pun begitu, pada Januari lalu, Sufian mengesahkan hubungan cinta mereka kembali terjalin. - 7KLIK
ARTIKEL LAIN:
- ailee-choi-si-hoon-kini-suami-isteri
- kembali-bergelar-isteri-siti-kini-milik
- cinta-syafiq-kyle-mimi-lana-kini-bersatu
0 Comments