Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Temui cinta sejati, Qi Razali akhiri zaman bujang di usia 48 tahun

Qi Razali dan Wardah selamat disatukan sebagai pasangan suami isteri

SELEPAS beberapa kali percintaan terputus di tengah jalan, pelakon dan pengacara Qi Razali menemui cinta sejati dan melangkah ke fasa baharu dalam hidupnya apabila selamat bergelar suami kepada Wardah Mahbob, pada majlis pernikahan yang berlangusng di Gopeng, Perak, pada pagi Ahad.

Berita gembira itu dikongsi oleh personaliti televisyen terkenal, Fedtri Yahya, yang turut bertugas sebagai pengacara majlis pernikahan tersebut.

“Alhamdulillah. Dapat mengacarakan majlis pernikahan Qi Razali dan Wardah. Tahniah Babah!” tulis Fedtri menerusi satu hantaran di platform X.

Majlis yang berlatar belakangkan suasana kampung itu diadakan secara sederhana namun penuh harmoni, dihadiri oleh ahli keluarga serta kenalan terdekat kedua-dua mempelai.

Pasangan ini mengikat tali pertunangan pada Syawal 2024

Pada majlis ijab dan kabul tersebut, Qi atau nama sebenarnya Qushairi Mohammed Razali Wong, 48, menyerahkan mas kahwin berjumlah RM101.00 kepada pengantin perempuan. Bagaimanapun, jumlah wang hantaran tidak didedahkan kepada umum.

Wardah, 30, yang berjaya menambat hati, pelakon filem Babah itu merupakan seorang jurusolek profesional dalam bidang produksi, turut mencuri perhatian apabila memilih untuk menatarias dirinya sendiri pada hari penuh bermakna itu. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

إرسال تعليق

0 تعليقات