PAGI Jumaat menjadi saksi indah buat pasangan sama cantik sama padan, pelakon Eyka Farhana dan pemain bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid apabila selamat disatukan sebagai pasangan suami isteri.
Majlis ijab dan kabul pasangan dua sejoli ini berlangsung di Boat House, Ampang, Kuala Lumpur sekitar jam 10.12 pagi dan dihadiri keluarga dan rakan terdekat kedua-dua beah pihak.
Eyka dan Akhyar dinikahkan bapa pengantin perempuan, Wan Sarmizi Wan Ibrahim dengan hanya sekali lafaz.
"Dengan satu lafaz... Alhamdulillah. Kami dengan rasminya suami isteri," tulis Eyka di laman Instagramanya sebaik sah begelar isteri.
Pada upacara indah dan penuh harmoni itu, Eyka atau nama sebenarnya Wan Atiqa Wan Sarmizi, 30, menerima mas kahwin sebanyak RM3,200, beserta lima dulang hantaran dan berbalas tujuh.
Pengantimn perempuan tampil anggun mengenakan baju kurung moden berwarna putih rekaan Teh Firdaus, manakala Akhyar, atau nama penuhnya Muhammad Akhyar Abdul Rashid, 26, segak berbaju Melayu sedondon.
Majlis penyatuan hati pasangan ini turut dihadiri oleh beberapa rakan artis seperti Mimi Lana, Amelia Henderson, Nadia Aqilah, Yaya Zahir, Shalma Ainaa, Sophia Liana, Azira Shafinaz dan Alicia Amin dan lain-lain.
Terdahulu Eyka dan Akhyar telah mengikat tali pertunangan pada 4 Ogos 2023 selepas lima tahun menjalin hubungan cinta. Namun mereka hanya mengumumkan berita gembira itu pada November tahun lalu. - 7KLIK
ARTIKEL LAIN:
- kalau-sudah-jodoh-tidak-ke-mana-sufian
- ailee-choi-si-hoon-kini-suami-isteri
- kembali-bergelar-isteri-siti-kini-milik
0 Comments